Thursday 9 October 2014

REEBOK Shoes yang 'stylish'!

Salam. Ada tak antara korang yang suka or aktif bersukan? Tak kisah la kalau bukan yang macam olahragawan/wati tu tak pun yang simple-simple macam jogging ke, tu kira bersukan jugak la kan? Oh ye bahasa lain, senaman.

Orang pompuan dalam hidup mesti ada niat nak bersukan/bersenam walaupun setakat lari-lari manja. Aku ni zaman belajar dulu rajin la jugak kadang-kadang pergi jogging. Asalnya kengkonon nak kurus tapi lama-lama aku realise bersukan ni bagus untuk buat otak kita rasa fresh. Student kan. Semua benda nak kene sumbat dalam kepala waktu tu. Evan dah keje lagi penting sebab untuk stamina. 

Kalau korang perasan, barang sukan untuk orang pompuan ni tak banyak sangat pilihan. Yang ada pun sekadar beberapa jenama je and kita tak bebas nak memilih. Bila pilih barangan sukan ni, kene pilih yang betul-betul sesuai dengan kita. Jangan asal rembat je.

Antara yang paling penting, kasut sukan. Aku antara orang yang cerewet bab-bab kasut ni. Bukan apa, mesti nak carik yang selesa and sesuai untuk dipakai. Kasut kalau salah pilih, memang merana la jawabnya. Kadang-kadang ada yang pakai pilih kasut je but at the end kasut tu tak sesuai untuk bersukan and bawak mudarat kat diri sendiri.

Sekarang korang dah tak payah risau lagi. ZALORA dah keluarkan REEBOK Shoes or kasut REEBOK khas untuk kaum wanita yang nak bersukan or besenam. Rekaan dia sangat stylish dan bersesuaian dengan kaum wanita yang sentiasa mahu tampak bergaya walaupun bersukan. Dengan rekaan terbaru yang dikeluarkan ni, ia mampu menarik perhatian ramai kaum wanita di luar sana.



Kasut sukan mesti la sesuatu yang lasak, tahan lama dan boleh memberi perlindungan pada korang ketika bersukan. Tu yang aku maksudkan kalau tersalah pilih, kaki yang merana sebab aku pernah ada pengalaman salah pilih kasut ni. Mihmih..

Tiga elemen penting, tahan lasak, memberi perlindungan and dalam masa yang sama stylish ni la yang orang pompuan carik. Nak buat apa nampak cantik bergaya je tapi bila pakai tak comfort. Bukannya pakaian sukan macam baju and seluar je perlu diberi perhatian, kasut jugak. Kalau before this punya payah nak pikir mana nak carik kasut sukan yang macam gini, sekarang tak perlu lagi. Semuanya korang boleh dapatkan di hujung jari je.

Apa lagi, jom cepat-cepat cuci mata dekat ZALORA and dapatkan kasut sukan yang mampu memenuhi kehendak dan keperluan korang!

2 comments:

Unknown said...

huwa baru je lepas shopping aritu kat zalora..rabak duit ku

Unknown said...

tak berapa sgt bersukan.. huhu.. sekarang ni exercise turun naik tangga empat tingkat je tiap pagi. at least exercise jugak dari takde. haha..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman