Wednesday 3 September 2014

Time for release

Salam. Semenjak bekerja masa aku selalu pack. Sometimes Sabtu Ahad pun keje walaupun sume orang tahu bank cuma bukak Isnin-Jumaat je. Macam gini la realiti bila dah bekerja. Serius cakap kalau diberi pilihan, aku nak #throwback zaman belajar balik. I is sad.

Jarang hari cuti full masa aku kat rumah. Contoh kadang-kadang Sabtu aku keje pagi sampai tengah hari. Balik mesti dah penat. Jadi aku jarang dapat betul-betul rehat. Tu yang bila waktu cuti tak da pape tu aku bantai rehat berkabung tak keluar rumah. Haha.

Every month mesti aku akan spent at least sekali masa untuk release. Mesti akan ada. Kalau tak mati kutu aku kekejangan. Keje bagai nak mati tapi tak da rehat and masa untuk diri sendiri.

Sabtu baru-baru ni, 30 Aug aku and tiga orang lagi adik decide hang out ke Putrajaya. Asalnya nak ke Port Dickson. Tapi disebabkan sorang adik aku excident motor, tak dapat la pegi. Tak seronok tengok laut tanpa semua berlima ada. Keluar tetap keluar tapi berempat je ke Putrajaya.

Putrajaya dengan rumah aku dekat je. Dalam 20-30 minit boleh sampai. Kami keluar pun dah petang sikit sebab cuaca panas tengah hari. Park kat betul-betul depan Pejabat Perdana Menteri. Ramai orang waktu tu. Mostly bawak anak-anak main kat dataran depan Masjid Putrajaya. 

Benda wajib mesti bergambar. Dua orang adik perempuan aku memang gila bergambar. Rasa tenang and release bila dapat hirup udara segar macam gitu. Kalau tak kitorang ni asyik masuk mall je tengok wayang tak pun karaoke. Ni berjalan-jalan di petang hari sambil tengok tasik, oohhh nyamannya. Hehe.




Dah puas amik gambar sampaila hujan dah turun rintik-rintik halus, barula bekejar ke kereta and terus drive masuk Alamanda. masuk Alamanda perut dah memang terasa lapar. kami makan kat Secret Recipe. Ramai jugak orang kat Alamanda. Malam merdeka pulak kan. 



Lepas carik ubat tahan sakit untuk adik lelaki aku yang excident, kami terus tolak balik. Malas nak balik lambat-lamabt. Takut sesak. Malam merdeka tau je la. Walaupun kami keluar dalam 4-5 jam macam tu, tapi rasa puas jugak la. At least dapat spent time kami adik-beradik sebab adik-adik aku ramai duduk luar. Sorang asrama and lagi dua orang Uni. 

For me, bila dah keje ni, aku sangat-sangat-sangat hargai masa cuti aku. Bukan sennag nak rehat or betul-betul rehat. Oh ye, bulan 9 ni jadual aku pack! Setiap hari Sabtu keje. Oh my..

1 comment:

lynndamya said...

Salam, haaa begitulah bila dah kerja ni, mmg nak kembali ke zaman study..klw dulu, lepas siap asignment or paper, terus boleh relax sebulan dua mase cuti sem..ini dah kerja, kerja tak habis2...cuti mmg sgt berharga bagi pekerja..haha :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman