Saturday 6 September 2014

Komen 'Anon' tentang 'Pengalaman Study di KPTM Bangi'

Salam. 5 Jun 2013, aku ada up satu entry request dari follower tentang pengalaman study waktu aku kat KPTM Bangi dulu. Boleh baca entry tu balik kat SINI. Walaupun dah setahun berlalu tapi sampai sekarang aku masih dapat komen dari entry tu.

Paling banyak dapat waktu student after SPM nak sambung study. Bila ada yang payah nak contact aku melalui komen tu, aku bagi email or wechat ID so lagi senang diorang nak bertanya.

Pagi ni aku bukak blog ada satu komen dari Encik/Cik Anon. 


Ye aku faham ni adalah contoh pihak yang tak puas hati dengan KPTM. Tapi kenapa Anon? Oh ye bersangka baik mungkin dia tak da blog and google ID. Tapi kenapa tiba-tiba dia nak muncul dekat entry yang dah bersarang setahun lebih dalam blog ni? Musykil.

Sini aku jawab komen Encik/Cik Anon. Kalau rasa tak puas hati dengan KPTM, dah berhenti or keluar dari kolej tu ke? Or masih tetap tamatkan pengajian kat situ? Even sekarang pun KPTM Bangi dah ada kos untuk degree. Lebih maju berbanding dulu. 

Pentadbiran, kewangan teruk? Boleh jamin ke pentadbiran kat tempat lain sume ok? After diploma, aku sendiri masuk UITM. Tapi dari segi pentadbiran, KPTM even better. Waktu kat KPTM ada jugak kawan merungut pentadbiran tapi bila masuk UITM aku realise KPTM even better. Aku nak menangkan KPTM ke? Tak. Tapi memang itu hakikatnya.

Serius cakap aku memang sayang dua-dua tempat aku belajar. KPTM and UITM. InsyALLAH ada rezeki lagi dua tahun aku planning nak sambung Master kat UITM. 

Bila ada yang komen macam ni, sampai kata tak nak bagi sedare-mare masuk, aku rasa komen ni sangat kanak-kanak. Tak mungkin manusia lebih tua dari aku berfikiran macam ni. Ni mesti dalam kalangan adik-adik.

Masuk pentadbiran and wahtsoever, aku rasa itu tak da kait-mengait dengan study. Elok je aku study kat situ. Tetap mampu tamatkan diploma tanpa extend sem or fail mana-mana subjek sepanjang tiga tahun pengajian. Dapat jugak masuk UITM kos first choice yang aku pilih, Islamic Banking. And before konvo, dapat jugak aku masuk CIMB Bank and alhamdulillah masih di CIMB sampai sekarang. Tereffect ke aku dengan pentadbiran?

Ramai je kawan-kawan aku dah tamat degree and dah bekerja pun sekarang. Tak kisah sektor swasta or kerajaan. Pada aku tempat kita belajar, masalah pentadbiran tu sume bukan kudis pun. Depends on diri sendiri nak belajar or tak?

Aku up entry tu atas request reader. For me, KPTM sendiri tapak kat mana aku bermula. Suasana kat situ selesa. Kalau ada yang memekak tak ok ke apa sume, just keluar. Keluar, berhenti dari kolej tu and masuk tempat lain yang korang rasa lagi bagus.

Pada Encik/Cik Anon, saya tak kisah awak nak buruk-burukkan KPTM Bangi or nak cakap apa je. Kajian pun menunjukkan tempat belajar hanya penyumbang kecil untuk pekerjaan. Tak memberi impak pun bila interview nak carik keje. Kalau rasa tak nak masuk, tak payah masuk.

6 comments:

Unknown said...

sabar ja la..

Farah Waheda Wahid said...

ni kes tak puas hatilah ni...tapi apapun hormatlah tempat kita menimba ilmu ye tak?

Unknown said...

Yes, agree with you. Rara pun ex KPTM Bangi then dapat tawaran Uitm. Dapatlah merasa stay KPTM Bangi tu sem 1 je. Tapi setakat ni takde masalah lagi dgn pembelajaran, pentadbiran, bahagian kewangan pun okay time nak buat pinjaman Mara. Just hostel Kptm Bangi saja yg ada masalah bekalan air. Tapi so far okay je rara study sana. Best and rindu nak study lagi sana. Hehe

Syazana Zainn said...

agreed.

"Pada aku tempat kita belajar, masalah pentadbiran tu sume bukan kudis pun. Depends on diri sendiri nak belajar or tak?"

kalau belajar di Universiti kelas pertama pun tapi kalau taknak belajar elok2 pun tak guna juga kan

sn.hn said...

Nk contact akak cene eh? Sbb nk tnya pasal kptm bangi ni...

Anonymous said...

time pendaftaran untuk kptm tu, terus masuk ke or just daftar je dulu

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman