Sunday 7 September 2014

Halfest 2014

Salam. Ehem sejak akhir-akhir ni rajin pulak aku mengupdate blog. Bagus untuk mengembalikan mood blogging balik. Dah banyak kali sangat blog terabai.

Halfest atau Halal Fest merupakan Ekspo Halal terbesar Malaysia yang diadakan di MIECC, MINES dari 3-7 September, 10 pagi hingga 7 malam. Lebih 600 gerai terlibat dan terdiri daripada makanan, produk kesihatan, pakaian and macam-macam lagi. Halfest dengan kerjasama MARA dibawakan oleh CIMB Islamic.



Ha, disebabkan penajanya CIMB Islamic, jadi memang seharus and sewajibnya aku bekerja. Dalam tempoh lima hari, dua hari aku bertugas, Khamis and Sabtu. Tapi kat sini seronok, dalam air cond. Mihmih..

Bak kata kawan aku, pergi Halal Fest tak beli pape pun boleh kenyang. Kenapa? Setiap gerai yang you all lalu ada tester. Ada kerepek, kek, nasi goreng, maggie, mee and tu belum termasuk macam-macam jenis air. Baru tester je korang boleh kenyang. Haha.


CIMB ada booth utama yang besar kat tengah-tengah antara sume booth tu. Segala produk yang kita tawarkan kat sini, sumenyer harus Islamic. Even bukan setakat tu, kita bawak mesin ATM and Cash Deposit Machine lagi. Ohoi best. Sampai ada customer yang nak pergi cucuk duit kat Mines. Kitorang suruh pergi je booth induk CIMB. Boleh keluar duit then sambung shopping.


Sejujurnya bila keje kat sini, tak da la aku penat sangat berbanding kat branch. Branch lagi macam-macam jenis and fiil customer kene layan. Kat sini enjoy yang lebih. Oh ye mampus kalau bos aku jumpa blog aku bila aku kuarkan statement macam gini.

Tahun ni lebih banyak booth berbanding tahun lepas. Kat tingkat atas ada macam-macam jenis shawl, tudung, jubah, aksesori. Banyak jugak produk dari and label under artis contoh dari Yatt Hamzah, Bienda, Norkhiriah, Mizz Nina, Memey Suhaiza, Mila Jirin and banyak lagi. Tak larat taip.



Kat sini harga yang ditawarkan sama ada makanan, pakaian or sume dengan harga istimewa. Yang best part tester. Rasa tak ok jangan beli ye. Hari ni last day. Pada yang tak sempat pergi tahun ni, insyALLAH boleh jumpa lagi di Halfest 2015, 7-11 Oktober!

Nota kaki : Baju CIMB aku pakai waktu bertugas 4 Sept and baju maroon 6 Sept. Takkan satu hari aku pakai dua baju pulak kan?:p


3 comments:

Unknown said...

nak pegi ;(

lynndamya said...

Wow itulah bestnya bila pergi food event2 camni haa, mmg seronok lah merasa semua tester yg ade, haha

Unknown said...

Ciit..ble bdk kcik berbicara..tp best coz dpt shoping..by d time skunk da pokai..oh damn! Hahahah

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman