Thursday, 28 August 2014

Menang Contest Raya Online Shop!

Salam. Bahasa rojak yang aku adun jadi tajuk entry ni mau menangis cikgu Bahasa Melayu aku kalau tengok. Itu je yang mampu otak aku proses letak tajuk. Kira senang paham and simple la tu.

Cerita macam gini. Dua hari lepas aku dapat tag dari satu online shop, http://www.inhanna.com/ kat instagram. Mula-mula rasa macam pelik jugak. Lagi geram bila line internet aku macam nak hempuk-hempuk sentiasa 'waiting for network'. Puas berkali-kali aku reboot Iphone tu baru dapat baca penuh apa yang inhanna tag.

Alhamdulillah! Serius tak sangka menang! Tak pernah terniat and expect apa-apa untuk menang. Waktu raya hari tu just kongsi gambar first raya je kat instagram and tag baju dari inhannashop. Tak lebih dari tu. Thank you inhannashop!



Aku ada la terbaca and adik aku inform yang inhannashop buat contest like & share terbanyak. Tapi aku tak pernah terfikir pulak gambar kitorang boleh dapat like & share terbanyak. Tak da pun aku or lagi dua orang adik aku promote kat mana-mana suruh orang like. Sebab tu tak pernah expect apa-apa. Alhamdulillah rezeki..

Actually, raya baru-baru ni aku beli kebaya kimono moden dari inhannashop. Disebabkan adik-beradik aku perempuan tiga orang, kami decide beli baju yang sama untuk bertiga. Harga sangat reasonable and affordable dengan kualiti baju tu. Total up tiga pasang (kebaya kimono + kain songket) RM435.

Mula-mula adik-adik aku kata takut boria. Tapi of course tudung lain-lain. Bila pakai baju sama bertiga ni kitorang rasa best pulak. First raya kan. Harusla serasi dan sejiwa.

Tak pernah aku join contest-contest macam ni dan rezeki pulak kali ni. Buat korang sume, jom la merajin-rajinkan diri shopping kat inhannashop. Boleh terus bukak website or carik kat instagram. Baju semua cantik-cantik and harga pun snagat reasonable. Happy shopping!
 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman