Monday, 4 August 2014

Aidilfitri 2014

Salam. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah raya kelapan. Sekejap je masa berlalu. Nak tunggu first syawal punyala rasa lama tapi lepas first raya tu rasa kejap je. Paling excited of course malam raya. 

Tahun ni rumah agak meriah sebab semua balik kampung. Start Sabtu petang cousin aku satu family dah sampai. Malam raya kat tempat aku ada takbir dari rumah ke rumah. Malam raya jugak la busy kemas rumah, siapkan kuah ketupat segala bagai.

First raya acara wajib mesti bermaaf-maafan. Lepas sembahyang raya terus berkumpul untuk bermaafan. Start dengan yang paling tua sampai la yang paling kecik. Tahun ni jugak tahun pertama aku bagi duit raya. Alahai dah lepas zaman-zaman sibuk kutip duit raya. First raya susah sikit nak keluar rumah. Sentiasa ramai je. Dah petang baru dapat keluar.



Second raya aku for sure tak semeriah korang. Lebih banyak duduk rumah. Raya pun area dekat. Nak keluar rumah agak payah sikit. Ada je tetamu. Rumah yang wajib aku pergi raya kedua rumah guru waktu aku and adik-adik belajar mengaji dulu. Tak pernah miss every year. Dah lebih 10 tahun mesti wajib pergi.



Raya ketiga sampai lima aku kerja, berada di office melayan segala enquiy customer yang datang ke bank. Kelam-kabut jugak sebab ramai lagi staff yang bercuti. Bahagian loan dah tinggal aku sorang. Ye la, kita yang tak kahwin lagi ni kene bagi keutamaan kat orang yang dah berkeluarga.

Sabtu ahad, raya keenam and tujuh kitorang balas balik beraya. Dari pagi sampai petang. Huh memang melampau. Kalau tak nanti banyak yang tak pergi kang. Aku makan memang tak control langsung. Apa yang ada depan mata sume aku bedal je asalkan sedap. Bayangkan puasa sebulan aku turun 2kg. Baru raya kedua aku dah naik 1kg!



Hari ni, Isnin, raya kelapan aku cuti sampai hari Rabu. Amik kau 3 hari sekaligus! Bukan cuti sebab nak beraya sangat tapi dapat la rehat. Bukan senang Branch Manager aku nak bagi cuti. Mihmih..

1 comment:

Ezy Loy said...

meriahnye...
selamat hari raya!

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman