Sunday, 15 June 2014

Karnival Jom Heboh di PD Waterfront!

Salam. Sabtu minggu lepas 7hb aku sempat ke Karnival Jom Heboh kat Port Dickson. Buat julung kalinya kat PD and Jom Heboh pun dah lama tak buat kat Negeri Sembilan. Paginya aku masuk office walaupun hari Sabtu untuk siapkan mana keje yang patut. Petang terus ke PD.

Waktu aku sampai, entah berapa kali pusing nak carik parking. Parking meati kat tempat yang ok and senang keluar lagipun bajet mesti balik lambat sikit. Round dua tiga kali and sempat beli makanan sume, dapat tau pukul 9 ada Mini Konsert. Dah alang-alang kat situ why not join sekali. Hehe..

Ada Alif Satar, Aliff Aziz, Tasha Manshahar & Syed Syamim, Encik Mimpi and Nomad. Paling excited ibu aku. Dia yang sibuk nak tengok. Tak pe ikutkan je. Hee. Ramai penonton malam tu. Meriah sangat! Dengan suasana kat PD Waterfront tepi laut tu rasa macam kawasan tu nampak luas.

Jom layan gambar..


See, masuk je PD and nampak view laut ni, Ya Allah rasa sukenyerr! Aku sangat suka tengok laut walaupun tak pandai berenang. Hihi. Rasa sangat tenang

With my mum. Waktu ni sementara menunggu Mini Konsert pukul 9 malam

My adik, Alang

Syed Syamim and Tasha Manshahar. Suara Tasha ni sedap and unik. 3 lagu diorang nyanyi and barula tahu yang ayah Tasha and Syed Syamim ni sendiri orang Noghori.

Encik Mimpi! Ye..walaupun bertopeng, semenjak tengok you nyanyi live malam tu, terus I dah terjatuh hati! Hikhik

Actually before this aku memang tak pernah pergi mana-mana Karnival Jom Heboh. Mungkin lokasi yang tak sesuai walaupun KL lagi dekat dengan rumah tapi disebabkan kawasan yang sangat jam aku tak pergi. Hot FM Big Jam macam kat ICity tu pernah la sebab lokasi dia agak ok walaupun jam jugak.

Overall rasa enjoy malam tu dapat release kepenatan bekerja and stress sambil bawak ibu yang memang nak pergi Jom Heboh tu. Hee..

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

kalau saya memang tak la nak pergi tempat ramai orang ni
sebab tak sanggup nak cari parking
boleh amarah hahaha

Syazana Zainn said...

sabarnya awak cari parking

kalo sy mmg dah ngamuk haha :P

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman