Wednesday, 14 May 2014

Mula sedar pentingnya powerbank!

Salam. Aku ni memang serius ketinggalan zaman betul. Orang lain entah dah bertapak-tapak, aku seinci pun belum. Pity on me.

Selalu aku tengok orang post pasal powerbank, promote itu ini. Tapi hati ni sikit pun tak terasa nak beli powerbank. Rasa macam, nak buat apa? Boleh je cas kat office tak pun dalam kereta. Waktu tu aku pakai Samsung Galaxy Grand. Boleh je cucuk wayar kat PC tu sambil buat keje. So tak risau kalau tak sempat nak cas kat rumah.

Biasala kalau pakai Android ni memang bateri cepat habis. Nak-nak kalau keje, memang whatsapp tu selalu berbunyi je. Kalau agak-agak acah nak save bateri dari pagi sampai la balik kang dalam pukul 7 malam, jangan harap. Confirm bateri dah tinggal nyawa-nyawa katak tak pun mati terus!

Start pakai Iphone minggu lepas, dah tak boleh cas kat office. Waa..sedih macam gini. Sampai hati you Iphone menyusahkan I! So kat rumah dah siap cas hampir penuh. Kat office petang sikit pinjam powerbank officemate. Dari situla baru aku sedar pentingnya powerbank. Padahal selama ni pegi meeting handphone mati tak sedar. 

So, disebabkan malas nak carik sendiri, aku mintak officemate suggestkan. Dia order dari Lazada. RM140 and power dia 30,000. Ada warranty and yang penting boleh guna untuk Iphone sebab bukan semua powerbank sesuai untuk Iphone. Kaler mestila pink! Hantar terus ke bank.


Di saat ini baru aku sedar pentingnya powerbank. Yang paling tak patut pegi meeting bateri habis. Lepas ni tak da masalah macam tu lagi. Ok powerbank, I love you more starting today la! Hee..

4 comments:

Syaza Raihanah said...

Hee, comel je :D

sYiRa LoKMaN said...

selamat malam..jalan2 sini dlu sebelum tidur :)

shalimar yusof said...

Comel!!
memang penting powerbank nii...dikala kesemputan bateri..kih3...xrugi beli..

follower #1220
www.notashalimar.blogspot.com

Cik Aish said...

mmg susah tkde powerbank..lg lg sekarang sume online kat fon..fb kat fon..intragram lg..bateri habis mcm air haha

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman