Tuesday, 8 April 2014

Perempuan gila kentang

Salam. Entry bukan ditaip oleh perempuan gila tak tentu arah atau sewaktu dengannya. Dah lama tak menaip tetiba rasa kekok nak mulakan ayat. Phewww!

Aku memang suka kentang dari umur 6 tahun. Sampai sekarang kalau pergi makan mana-mana, bila dalam menu nampak tertulisnya FRENCH FRIES, mesti order sekali. Tak sah kalau tak order. Ibu ayah pun dah faham. Zaman belajar,  kadang-kadang malam-malam makan fries je. Tu pun dah cukup kenyang and puas hati.


Minat aku kat kentang bukan semata-mata fries. Kalau masak lemak/gulai ayam ke, masak kari, asal ada kentang mesti aku amik. Kalau makan kat kedai kadang-kadang kentangnya je aku amik. Bukan amik ayamnya!

Bab keropok pun aku suka keropok kentang. Normally aku beli Mister Potato. Perisa mesti nak yang pedas-pedas. Almaklumlah tekak orang Negeri Sembilan memang pedas-pedas sampai keropok pun nak pedas. Apa kene la dengan kau ni.. Kalau namanya aku yang beli keropok, memang keropok kentang.


Bila dah kerja, petang-petang pun aku suka beli fries. Even mamak sebelah jual fries tu pun aku beli! Huh..masalah. Tapi aku tak pernah sedar pun sampaila kakak office cakap, "Perempuan ni gila kentang". Dari situ baru aku sedar. Hehe.. Semuanya bermula bila dia dengan officemate yang lain pergi makan kat Fish Mainhattan and kentang yang diorang makan tak habis. Terus teringat kat aku yang kalau aku ada sure kentang tu habis. Tak patut betul.

Actually aku tak pernah cerita benda ni kat sesape di mana asalnya aku suka kentang. Kak Tina yang sedar aku gila kentang ni la orang pertama aku cerita. 

Asalnya waktu aku Pra-Sekolah umur 6 tahun, kami makan ramai-ramai satu kelas setiap hari. Cikgu cakap yang kentang ni boleh cantikkan kulit and sape yang makan, kulit dia cantik. Aku yang asalnya tak berapa minat terus makan. Tu yang lama-lama kentang tu jadi feveret. Asalnya sebab nak kulit cantik waktu kanak-kanak. Tapi sekarang tak berfikir macam tu lagi ye. Hehe..

5 comments:

Lyaa Suriany said...

memang kategori gila kentang tegar ni.
hehe

cik atie said...

haha... atie pun suka kentang.. tapi tak la sampai giler.. kikiki.. :)

Fazleyatul Aini said...

saya suka kentang mekdi hihi

Aisya A. said...

ini mmg betul2 perempuan gila kentang. hahaha~

Cik Anita said...

Wahhh. Memang gile kentang sangat nih! hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman