Thursday, 6 March 2014

'Reward' untuk diri sendiri

Salam. Semenjak bekerja, memang jarang update blog. Boleh tengok dekat 'Past Stories' tu berapa kerat je aku update dalam sebulan. Aku baru keje bank pun dah macam ni, inikan pulak Kak Fatin Liyana top blogger yang bakal doktor tu, lagilah jarang update. Kekangan masa.

Dalam busy tu, ada kalanya kita nak masa untuk diri sendiri. Serius cakap 6 bulan keje ni susah nak carik masa rehat. Dalam sebulan boleh dikira dengan jari berapa kali je aku kat rumah.

Alhamdulillah rezeki tu ada, kurniaan Allah swt. Nak kata bershopping, jarang. Paling kurang beli satu dua benda je. Baru-baru ni tengah rehat masuk Jusco, almaklumlah Jusco depan bank je. Jalan-jalan dengan officemate, terberkenan dengan satu cincin emas putih ni. Asalnya nak tengok-tengok je.

Biasalah perempuan. Nafsu memang susah nak dikawal. Dalam dok nak cepat tu, sempat lagi try beberapa cincin. Sarung di jari manis. Dah tak da orang nak propose bagi cincin, so carik and sarung sendiri je la. Mihmih..

Kawan aku dah agak lambat nak masuk balik. Yang aku pulak dok sibuk tengok cincin white gold tu. Mata ni tertangkap kat satu cincin yang comel and cantik. Ada batu diamond yang sangat cantik. Simple but cukup memikat hati. Harga tak la sampai ribu-riban, belum tahap membazir.

Aku siap book and datang balik after office hour untuk confirm beli and payment. Memang sayang jugak duit tapi why not aku beli benda yang memang aku dah rasa suka. For me, its a reward. Dah beberapa bulan penat bekerja, apa salahnya treat diri sendiri untuk something valueable.


Keje, keje jugak tapi hargailah diri kita jugak. Ye dak?

2 comments:

eimah siti said...

cantik..simple but nice....suke2...betul2....sekali skala kena jugak la pampered diri sendiri....

Amalina Hussain said...

comelnyee blog dia.. :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman