Sunday, 9 March 2014

#PRAYFORMH370

Salam. Since semalam top kes pesawat MAS, MH370 yang masih hilang and tak diketahui. Pesawat dalam perjalanan ke Beijing hilang dari radar selepas 2 jam berlepas.

On facebook, kes ni memang tengah trending. Even on tv pun trending lagi berita ni. Malaysia Hari Ini Khas kat TV3 sempena MH370. Bila berita ni je, terus tengok, mana tau ada pape perkembangan terbaru but so far masih belum lagi.

Dalam sibuk kes pesawat hilang ni, ada jugak manusia yang tak berhati-perut cakap macam-macam. Artis pun ada jugak yang keluarkan statement tanpa berfikir. Memang la ada yang kata bukan keluarga kita pun yang terlibat, tapi tak kan tak da sifat kemanusiaan dalam diri tu?

Bayangkan kalau salah sorang tu ahli keluarga kita? Tak kan kita tak faham apa perasaan diorang? Pesawat tu pesawat negara kita. Even pilot and pembantu dia orang kita. Tak kan la sikit pun tak terkesan?

Macam-macam berita, spekulasi yang kita dengar and baca but tak tau lagi sumber dia sahih or tak. Dalam whatsapp aku pun entah berapa banyak berita pasal MH370 masuk. 

Apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama lah berdoa. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Even Malaysia pun dah lakukan solat hajat and tak kurang banyak bantuan dari negara luar yang dihulur.


#PRAYFORMH370

5 comments:

Fazleyatul Aini said...

keep praying for them

Cik Anis said...

Semoga dipermudahkan segala urusan pencarian dan menyelamat..Amin33

diana said...

semoga selamat semuanya...

E'in said...

semoga mereka sume masih selamat.. aminnnn

yg artis kuarkan statement sengal tu mmg akak xminat!

Lyaa Suriany said...

skt hati bila baca byk sgt spekulasi.

skrg ni bila pm umum
trs rasa mcm btl ke ni.
sbb selama ni mcm dok berharap sgt drg ok

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman