Saturday 1 February 2014

Sikap orang kita

Salam. Jarang update blog sekarang. Tapi macam mana pun sesekali curik masa untuk blogwalking. Terima kasih jugak pada readers yang tetap singgah walaupun blog aku ni dah jarang benar berupdate.

Dalam seminggu baru ni kat bank, kami memang busy distribute flyers kat customer inform CIMB nak upgrade sistem. Setiap customer yang datang kita akan bagi. Bukan setakat bagi, siap terangkan sekali apa kat dalam tu. Almaklumlah customer ni kadang-kadang pemalas nak baca. Amik then letak balik. Berangin je aku.

Kita dah penat-penat bagi sume, dia amik then tinggalkan balik kat bank. Dah satu keje bila staff lain kene kutip flyers yang bersepah tu. Ada yang tinggalkan kat kerusi, meja, kat ATM and ada jugak yang terbiar kat lantai! Macam ni la sikap orang kita.

Apa yang penting kat flyers tu? Mulai 11.45 malam 31 Jan hingga 6 pagi 3 Feb, CIMB dalam proses upgrade sistem and sistem CIMB akan mengalami gangguan. Mesin ATM, cash deposit, mesin cheque, cimb clicks and banyak lagi. Kad kredit sahaja boleh digunakan. 


Even kalau customer yang tak datang bank and tak dapat flyers, dekat ATM dah ada notis ni and mana-mana CIMB pun dah tampal notis ni. Cuma baca atau tak sahaja. Aku kalau minggu depan ada customer yang bising itu ini, memang nak kene.

Sebab tu kita ingatkan customer rancang transaksi. Kami staff pun dah siap keluarkan duit awal-awal and transfer kat bank lain. Bekalan duit mesti kene cukup sampai sistem ok balik. Even esok pun aku keje sampai malam sebab hal upgrade sistem ni la.

Paling aku angin bila ada sorang customer ni kita bagi flyer then dia kata, "Its ok. I don't need it". Hamboi ayat... Rasa nak bagi penumbuk sedas. Bila aku sebut balik terangkan kat dia, baru sibuk nak baca flyers tu. Siap aku cakap, "Nanti jangan salahkan kita, bagitau kita tak inform".

Tu la dia sikap orang Malaysia. Melayu, Cina, India sama je. Tak da beza. Bila bagi flyers edarkan apa sume, sume buat tak tahu. Tak nak amik and buang-buang. Sok kalau ada yang datang bank mengadu itu ini, memang nak kene nanti.

3 comments:

ezy.fia said...

hihi.. jgn mrh kite..
kite mmg amek tau mnde2 gni..
=)

jeBateja said...

kita tak de akaun cimb. Tapi leh bgtaw cara buat akaun semasa utk bisnes tak.....??

Fazleyatul Aini said...

amboi marah ye. chill2

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman