Tuesday 31 December 2013

Request : Proses interview CIMB

Salam. Aku ada terima komen/pertanyaan dari Cik Anon berkenaan ini :



Walaupun agak busy and penat, aku cuba carik masa untuk up entry. Mana tau Cik Anon perlukan information cepat coz maybe job seeker ke.

Interview CIMB. Seriously mula-mula nak pergi interview, aku tak da la excited mana and aku tak letak harapan pun. Just pergi je. Kalau ada rezeki, ada la. Mungkin sebab before that, aku dah pergi interview Maybank tapi cuma berjaya first stage je. Sob sob.

Aku jumpa iklan dari Jobstreet sebab waktu menganggur dulu, aku memang rajinkan diri bukak Jobstreet. Serius job seeker semua, bukaklah. Banyak peluang kat situ. Then satu hari aku terjumpa Walk In Interview. Ada yang dekat KL and NS. Disebabkan malas nak ke KL, aku pergi untuk area NS, untuk penempatan beberapa daerah dalam NS.

Aku dah pernah merasa macam mana penatnya menunggu waktu interview Maybank. So, untuk CIMB ni, aku datang awal! Bank belum bukak lagi aku dah tercongok kat CIMB Bank Jalan Dato' Bandar Tunggal. Bila nampak calon-calon lain yang datang, dengan gaya and dress up diorang lagi, mulalah rasa rendah diri. Tapi aku percaya pada rezeki.

Aku orang ke-2 diinterview. Awal kan? Tapi hampir sejam aku dalm bilik tu! Rasa tak senang duduk nak cepat je. Ada 3 orang panel. 2 Branch Manager and sorang dari HR Department, KL.

Aku interview untuk jawatan Personal Financial Consultant or nama lama untuk jawatan ni, Consumer Loan Officer. Mostly customer and orang bank akan panggil Loan Officer. Lagi senang and orang faham.

Before interview, aku dah search pasal jawatan ni and about CIMB. Make sure you all study dulu pasal job tu. Interview tanya knowledge kita tentang job tu. Bukan setakat tu, ada role play lagi macam mana nak explain and handle customer.

Percaya la cakap aku yang interviewer memang suka tanya soalan yang saje bagi perangkap kat kite. So, sebelum nak jawab, fikir dulu. Salah jawab, kite kene bantai balik. Interviewer jugak nak tau background kita sama ada sesuai ke tak dengan job ni and sejauh mana komitmen kita boleh bagi. Mostly keje bank memerlukan komitmen yang tinggi.

Lastly tips aku, study dulu before pergi interview, jangan nervous and relax, sentiasa tersenyum and jawab setiap soalan yang diajukan dengan teratur, clear and biar interviewer senang faham.


Good luck untuk Cik Anon and yang lain jugak!

20 comments:

sitirohaida said...

info yang bagus untuk jobseekers...and tahniah kat awak sbb dah pun bekerja dgn bank..

Unknown said...

tu name kad tu maksudnya dah dapat job tu la kan?

CD said...

info berguna untuk segalam mcm kerja. saya pun selalu dpt nasihat, study dulu psl company yg kita nak kerja.

Unknown said...

skrg ni sy pulak yg bertenggek melayan jobstreet dan yg sewaktu dgnnya.. huhu.. thanks for the tips.. huhu

Anonymous said...

Hi and Salam,

Blh tak i nak tau brape lme prlu kte tggu utk stage seterusnye?

Coz hri tu dh interview, nie blom gak dpt jwpn.. Huhu!

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous macam mai hari tu dalam tempoh seminggu diorang kol kalau kite dapat..

Nina Mads said...

bkn senang nk kerja di bank tambah2 lg bahagian loan. yelah nk bg loan kt pelanggan bkn snang. semoga berjaya :)

Anonymous said...

maaf saya nak tnya, kerj sbagai financial consultant ni indoor ke outdoor? kita kna kluar cari customer eh?

Unknown said...

sis 10/10 ni sy de interview cimb as a call center.. ade pape tips x..hehe. takot lak.

Anonymous said...

assalamualaikum encik firdaus, sy seorang graduan teknologi maklumat ingin tahu pendapat/pandangan encik tntg contact center consultant di cimb? Saya mendapat offer pekerjaan tersebut. Apakah career path (propect)utk jangka masa panjang bagi perkerjaan tersebut?

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum sis saya fhira hafidah dari sabah saya bru sahaja dapat panggilan temuduga dari cimb bank as a professional financial consultant. Boleh tak saya nak minta number fon sis? Saya nak tnya dengan lebih detail lagi tentang job yang saya dapat ni sebab ini kali pertama saya dapat panggilan temuduga 😊

Mysara Ab Rahman said...

Waalaikumussalam. Awak email akak dulu, mysara90@yahoo.com...

Fenderz said...

Baru petang td HR kol utk buat pngesahan.. 2mnggu lpas p IV cimb bank branch area shah alam.. n branch mnger sruh tggu dlm masa 2mnggu utk Hr kol buat pngesahan.. mcm2 jgk la dia tnya.. sma mcm intrview tu.. dia tnya mcm apa skop kja, apa produk nak kna jual, n pling pyah skit dia tnya zman skrg cutmer xdtg branch da n smua d hjung jari kan (gadget), so apa solusi utk dptkn customer? Hahhh.. n lpas smua tu, dia tnya klau tau dkt mn akan kja, n bgtau sdkit sbnyak psal rutin kja.. then dia ckp, klau shortlisted, dia akan contact dlm masa seminggu.. petang td dia kol skitar 4pm.. fuhh dekat 20mnit dia kol.. tnya psal trnsport n tnya psal tmpat tggal smua spm smua dgree n pnglaman kja.. xtahulah dpt ke tak.. sblum ni dah mnggu 2mnggu.. skrg tgah tggu sminggu lagi.. 😭

Fenderz said...

Assalammualaikum WBT jumaat yg barokah.. alhamdulillah Hr call td n bgtau dah success.. 3stages jgk la.. 1st dkt HQ jmp Hr kna tggu 2mnggu.. 2nd dkt branch jmp branch mnger n Hr exec kna tggu 2mnngu jgk.. 3rd iv thru call ckp ngan hr buat pngesahan n tnya mcm iv jgk n kna tggu smnggu lagi klau shortlisted.. Alhamdulillah td Hr call btau dah success n nextweek amik offer letter n buat med checkup.. 18 start training.. buat saudara fhira, doa ja bnyak2 insyaAllah d prmudahkn.. kna yakin bila ckp n bljar psal position tu.. 💪🏽💪🏽💪🏽

Anonymous said...

Saya bekas pekerja cimb under personal financial advisor (PFA). Nasihat saya elak apply untuk jawatan ini sebab gaji yang ditawarkan rendah, dalam agreement menyatakan cuti 2 hari seminggu namun sebaliknya hanya 1 hari sahaja cuti yang diberikan, top management under klang valley tidak professional, kerja lebih masa tanpa dibayar ot dan paling teruk jawatan pfa dianaktirikan disebabkan jawatan pfa bekerja dalam shopping complex. Jadi nasihat saya try apply jawatan personal financial consultant (pfc) dimana tugas semua hampir sama dan kerja dalam branch cimb bukan dekat kiosks dan paling penting cuti sabtu ahad bukan mcm pfa tidak boleh cuti weekend. Saya dah berjaya pindah daripada pfa ke pfc. Good luck guys!

AzhaR said...

Maaf sy nk tanya, kalo utk pfc ni cust dpt dari walk in cust ke atau cari sndiri

Mysara Ab Rahman said...

Dua2 memang kena buat actually untuk kejar kpi kita. Tapi main source dari walk in customer la yang kene approach

Anonymous said...

Boleh saya tanya. Susah tak keje pfc ni? Skop keje dia macam mana

Unknown said...

Hai cik boleh share tak apa yang dia tanya sepanjang proses iv tu untuk jawatan as pfc ? Sebab saya berminat utk pergi walk-in iv pada 4/11/2019 nanti and ni first time saya nak lalui iv alam pekerjaan and sedikit takut rasanya ��

Noor said...

Well ada lgi ke dkt sini yg dah dpt kerja bank dan masih bertahan sampai sekarang..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman