Tuesday, 31 December 2013

Request : Proses interview CIMB

Salam. Aku ada terima komen/pertanyaan dari Cik Anon berkenaan ini :



Walaupun agak busy and penat, aku cuba carik masa untuk up entry. Mana tau Cik Anon perlukan information cepat coz maybe job seeker ke.

Interview CIMB. Seriously mula-mula nak pergi interview, aku tak da la excited mana and aku tak letak harapan pun. Just pergi je. Kalau ada rezeki, ada la. Mungkin sebab before that, aku dah pergi interview Maybank tapi cuma berjaya first stage je. Sob sob.

Aku jumpa iklan dari Jobstreet sebab waktu menganggur dulu, aku memang rajinkan diri bukak Jobstreet. Serius job seeker semua, bukaklah. Banyak peluang kat situ. Then satu hari aku terjumpa Walk In Interview. Ada yang dekat KL and NS. Disebabkan malas nak ke KL, aku pergi untuk area NS, untuk penempatan beberapa daerah dalam NS.

Aku dah pernah merasa macam mana penatnya menunggu waktu interview Maybank. So, untuk CIMB ni, aku datang awal! Bank belum bukak lagi aku dah tercongok kat CIMB Bank Jalan Dato' Bandar Tunggal. Bila nampak calon-calon lain yang datang, dengan gaya and dress up diorang lagi, mulalah rasa rendah diri. Tapi aku percaya pada rezeki.

Aku orang ke-2 diinterview. Awal kan? Tapi hampir sejam aku dalm bilik tu! Rasa tak senang duduk nak cepat je. Ada 3 orang panel. 2 Branch Manager and sorang dari HR Department, KL.

Aku interview untuk jawatan Personal Financial Consultant or nama lama untuk jawatan ni, Consumer Loan Officer. Mostly customer and orang bank akan panggil Loan Officer. Lagi senang and orang faham.

Before interview, aku dah search pasal jawatan ni and about CIMB. Make sure you all study dulu pasal job tu. Interview tanya knowledge kita tentang job tu. Bukan setakat tu, ada role play lagi macam mana nak explain and handle customer.

Percaya la cakap aku yang interviewer memang suka tanya soalan yang saje bagi perangkap kat kite. So, sebelum nak jawab, fikir dulu. Salah jawab, kite kene bantai balik. Interviewer jugak nak tau background kita sama ada sesuai ke tak dengan job ni and sejauh mana komitmen kita boleh bagi. Mostly keje bank memerlukan komitmen yang tinggi.

Lastly tips aku, study dulu before pergi interview, jangan nervous and relax, sentiasa tersenyum and jawab setiap soalan yang diajukan dengan teratur, clear and biar interviewer senang faham.


Good luck untuk Cik Anon and yang lain jugak!

13 comments:

Kisah Si Dairy said...

info yang bagus untuk jobseekers...and tahniah kat awak sbb dah pun bekerja dgn bank..

Nur A.Z said...

tu name kad tu maksudnya dah dapat job tu la kan?

Nurul Farahizzati said...

info berguna untuk segalam mcm kerja. saya pun selalu dpt nasihat, study dulu psl company yg kita nak kerja.

aisya said...

skrg ni sy pulak yg bertenggek melayan jobstreet dan yg sewaktu dgnnya.. huhu.. thanks for the tips.. huhu

Anonymous said...

Hi and Salam,

Blh tak i nak tau brape lme prlu kte tggu utk stage seterusnye?

Coz hri tu dh interview, nie blom gak dpt jwpn.. Huhu!

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous macam mai hari tu dalam tempoh seminggu diorang kol kalau kite dapat..

Amanina Mads said...

bkn senang nk kerja di bank tambah2 lg bahagian loan. yelah nk bg loan kt pelanggan bkn snang. semoga berjaya :)

Anonymous said...

maaf saya nak tnya, kerj sbagai financial consultant ni indoor ke outdoor? kita kna kluar cari customer eh?

Farraah Ayumi said...

sis 10/10 ni sy de interview cimb as a call center.. ade pape tips x..hehe. takot lak.

Anonymous said...

assalamualaikum encik firdaus, sy seorang graduan teknologi maklumat ingin tahu pendapat/pandangan encik tntg contact center consultant di cimb? Saya mendapat offer pekerjaan tersebut. Apakah career path (propect)utk jangka masa panjang bagi perkerjaan tersebut?

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum sis saya fhira hafidah dari sabah saya bru sahaja dapat panggilan temuduga dari cimb bank as a professional financial consultant. Boleh tak saya nak minta number fon sis? Saya nak tnya dengan lebih detail lagi tentang job yang saya dapat ni sebab ini kali pertama saya dapat panggilan temuduga 😊

Mysara Ab Rahman said...

Waalaikumussalam. Awak email akak dulu, mysara90@yahoo.com...

Fenderz said...

Baru petang td HR kol utk buat pngesahan.. 2mnggu lpas p IV cimb bank branch area shah alam.. n branch mnger sruh tggu dlm masa 2mnggu utk Hr kol buat pngesahan.. mcm2 jgk la dia tnya.. sma mcm intrview tu.. dia tnya mcm apa skop kja, apa produk nak kna jual, n pling pyah skit dia tnya zman skrg cutmer xdtg branch da n smua d hjung jari kan (gadget), so apa solusi utk dptkn customer? Hahhh.. n lpas smua tu, dia tnya klau tau dkt mn akan kja, n bgtau sdkit sbnyak psal rutin kja.. then dia ckp, klau shortlisted, dia akan contact dlm masa seminggu.. petang td dia kol skitar 4pm.. fuhh dekat 20mnit dia kol.. tnya psal trnsport n tnya psal tmpat tggal smua spm smua dgree n pnglaman kja.. xtahulah dpt ke tak.. sblum ni dah mnggu 2mnggu.. skrg tgah tggu sminggu lagi.. 😭

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman