Sunday, 17 November 2013

My Convocation Day!

Salam. Awal entry ni ditaip, aku masih dalam dewan konvo. Baru lepas naik pentas. Hamboi kau over terus update! Hehe..

Syukur alhamdulillah. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ni. Akhirnya, di usia 23 tahun, aku berjaya menggenggam sekeping ijazah, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam. Bila tengok muka ibu ayah yang happy, ni kan pulak kita kan.



Istiadat konvokesyen UITM ke-79, aku sidang 12, Ahad pagi 17hb. Seawal 5.30 pagi bertolak ke Shah Alam. Sejam dah sampai. Konvo degree ni bawak my new baby, kereta aku sendiri yang baru dapat 2 minggu. Syukur..

Adik-adik aku, Angah and Alang tak dapat datang. Sorang kat USM and sorang lagi kat asrama tengah SPM. So, lagi 2 orang lelaki tu je yang datang.

Pagi-pagi sampai je Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), aku dah merengek kat ibu nak bunga yang ada bear. Disebabkan hari aku, ibu ikutkan je. Hehe..



Ok, ni ditaip kat umah. Panjang jugak yang aku taip dalam dewan tadi. Hehe.

Hari ni memang puas begambar. Siap pegi tempah gambar lagi. Gambar solo and family. Diploma dulu pun aku pernah tempah. Apa salahnya keluar sikit duit untuk konvo kan..

Ni antara beberapa gambar hari ni yang dapat aku kongsikan..






Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bila pegi konvo hari ni, rasa nak sambung Master terus pulak. Hehe..



 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman