Wednesday 6 November 2013

Farewell at Seoul Garden

Salam. Sedar tak sedar 3 minggu setengah dah berlalu. Kejap je rasanya dah habis traning. Nak jumpa bukan senang lepas ni. Kalau yang dekat tak pe. Ada dari Sibu, Penang, Dungun. Tu sume payah nak jumpa.

Disebabkan busy, lambat sikit entry ni diupdate. Ahad malam 27hb, aku and kawan-kawan sekelas kat Akademi CIMB Putra decide untuk makan kat Seoul Garden, Mines. Katanya baru bukak cawangan kat Mines ni. Seriously aku ni memang la peminat cerita Korea tapi makanan belum pernah try. Ni la kali pertama.




Dari 23 orang, dalam 15 yang dapat join. Suasana restoran sangatlah selesa. Kawan aku dah datang awal and tempah. Kene tempah before pukul 7 malam kalau tak silap. Hidangan secara buffet. Satu kepala campur tax sume dalam RM50. Ambik la berapa banyak yang korang nak. Dessert pun ada and kat sini jugak first time aku try kimchi! Masing-masing melantak memang tak ingat dunia. Amik sebanyak-banyaknya sebab 9.30 malam diorang dah start kemas.



Then surprise birthday! Ada 6 orang kawan yang diraikan sepatutnya tapi hanya 4 yang datang. Indulgence lagi. Memang terliur. Agak bising jugak dengan nyanyi lagu ' Happy Birthday', tiup lilin sume.





Eh nanti majlis tak habis lagi tau. Hehe. Kamu buat aktiviti tukar-tukar hadiah. Buat cabutan and tenok hadiah mana yang kita dapat. Macam-macam ragam. Dah tukar tu satu hal, siap bukak hadiah kat situ jugak. Nak tengok masing-masing dapat apa. Aku dapat pen comel dari sorang Chinese dari branch Penang.


Kami nak balik pun orang restoran tengah mengemop. Mines pun dah nak tutup. Sempat lagi bergambar kat luar restoran.



Overall masing-masing sangat sporting. Really happening and memang sure akan rindu korang. 

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Seronok benar kakak tengok. Muka masing-masing pun ceria belaka..

Fazleyatul Aini said...

RM 50 ? mahainya. Saya makan per head dalam RM 35 je. Tapi tak amik air la. Amik air nanti cepat kenyang pulak. Rugi2 hehe. Lagipon dah ada abc hihi

Farah Waheda Wahid said...

happening dan sangat meriah...

Unknown said...

makanan nampak menyelerakan...nampak high class kat situ
beznye

azi nur said...

macam best je macam best je...hehe

AmyZana said...

Lepas nih bolehlah saya try jugak pergi sini ^^

Hanim said...

cam cozy je tempat tu, mungkinkah suatu hari nanti kenit juga akan bertukar selera ke makanan korea? hehehe

QasehnyaRania said...

ala macam best je ni.ada masa boleh singgah.thanks share

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman