Saturday, 12 October 2013

Training at Akademi CIMB Putra

Salam. Actually entry ni tertangguh nak cerita. Diam tak diam dah seminggu aku kat Akademi CIMB Putra, Bangi untuk training. Start 7-29 Oktober. 3 minggu plus plus. Akademi ni bersebelahan dengan Maybank Academy and berhadapan dengan Public Bank punya akademi. Kat kawasan sini memang tempat training bank.

Aku masuk Ahad, 6 Oktober petang. Bilik yang sangat selesa macam hotel! Bezanya tak da tv and toilet kat luar. Yangg lain semua siap. Even kemas bilik pun tak payah. Setiap hari diorang akan kemaskan bilik kita and tukar towel. So, bangun pagi biar je katil bersepah. Balik kelas kang sure dah cantik bersih. Hehe

2 katil, 2 orang

Roomate aku, Kak Izan dari branch Dungun, Terengganu. Jauh kan? Dia drive kot ke sini. Bukan setakat tu, dah la tengah pregnant 4 bulan, memang akak ni sangat gigih. 

Tengah tu pintu bilik and kiri kanan almari. Besar kan? Sumbat je semua

Dari segi makan, tak payah risau. Semuanya disediakan. Sarapan, lepas tu minum pukul 10.30, lunch, hi-tea and dinner. 5 kali sehari! Semuanya siap! Makan la berapa banyak yang korang nak. Tu yang aku rasa habis training ni mesti aku gemuk. Makanan semua sedap-sedap. Memang ditempah khas.

Kelas start 9 pagi sampai petang. Agak pack. Baru seminggu ni nota dah tebal. Tu belum habis training sok. Kat sini bukan setakat belajar je, ada jugak exam. So tak boleh main-main. Apa yang kita belajar kat sini semua tentang CIMB and kerja kita. So kene faham betul-betul. Nanti tak pasal-pasal balik branch sok menganga.

Classmate aku semua baik-baik belaka. Dari 22 orang, 2 orang je fresh graduate termasuk aku la tu. Rasa kerdilnya. Masing-masing dah macam-macam pengalaman. Ada yang dah dalam banking industry 5 tahun. Ada yang dari Standard Chartered, Citibank, semua bukan calang-calang. Tapi semua baik-baik. Tak lokek kongsi ilmu. Memang aku terasa muda kat sini. Hehe

Gambar dalam kelas semalam

Seminggu kat sini, seronok. Tak sabar jugak nak habis. Tapi sok bak kata trainer, dah balik branch memang busy. Jadi sekarang la masa nak rehat sikit. 

11 comments:

Mrs Mikko said...

waaa...
training utk cimb eh..
selesanya tmpt korg tggal kan

Yumida Huda said...

besar la bilik hotel tu sis

Mek Onie said...

training rerajin tau awakkkkkkkkkkkkkk,hihi..yang penting tilam dia tu empuk sangat !best kot,hihi

Mek Onie said...

training rerajin tau awak !hihi...yang penting tilam dia tu empuk sangat!hihi

shemasinbei said...

wow ! training tmpt mcm nie. mmg puas hati lh :)

Sya Chot .. said...

memang best..bilik pun selesa :)

Syarafi[skyforce331] said...

wah!! syok arr..training untuk cimb plak tu :D

E'in said...

lamenye laa hai kena training... good luck mai!

nik ros said...

wah..seronok tu.temapt tinggal best.makan sedia.huhu

Anonymous said...

Ada iron tak kak ?

Mysara Ab Rahman said...

Ada. Jangan risau. Hee

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman