Sunday, 20 October 2013

Part time at Honda Day

Salam. Penatnya hari ni. Nak bangun tido, nak gerak kaki sume malas. Dasar pemalas. Tapi aku masih gigih keluar rumah atas beberapa urusan tau! Tahniah untuk diri sendiri.

Semalam pagi-pagi kami dah bertolak 2 kereta ke Melaka. Asalnya adik sepupu yang ajak sebab tak cukup orang. Aku pun free, tu yang on je. Buat part time seronok what. Dapat jugak income. Hehe


Family Day Honda dengan tagline '1 Family 1 Honda' semalam berlangsung dengan sangat meriah! Siangnya diserikan dengan Nabil and Angah Raja Lawak. Walaupun siang tu cuaca panas terik, tapi orang tetap berpusu-pusu datang.

Tugas aku tak susah pun. Cuma jaga game dari 2.30 sampai 7 petang. Dari start bukak sampai habis memang non-stop. Penat aku berdiri tau! Game yang aku jaga masukkan bola dalam lubang dengan cara kawal stereng. Memang dapat sambutan hangat. Bukan setakat budak-budak, mak and bapak budak pun ada. Tapi serius cakap budak-budak lagi terror. 3 percubaan and perlu masuk 2 kali. Kalu berjaya, dapat kupon and boleh redeem hadiah.


Banyak booth even booth CIMB pun ada. Aku je termurtad ke company lain. Haha. Malamnya ada konsert yang mengundang Adibah Noor, Ani Mayuni, Faizal Tahir and Awie and Wings.

Tapi sayang konsert start dengan persembahan lain yang entah berapa banyak lagu. Belum lagi performance dari Honda Idol. Disebabkan lama sangat and takut sampai Kajang lambat sangat, kitorang decide balik je. Tak dapat tengok. Sob sob..

Pape pun, seronok jugak buat part time ni. Aku suka buat keje luar jumpa public ni. Macam-macam ragam. One more bila keje macam ni, dapat improve you all punyer communication skill. Ye dak?

Nanti kalu ada lagi nak try la. Heee

3 comments:

Siti Hajar said...

yup. dapat improve communication skill. dan pengalaman! kat mana best nak cari part time job macam ni ye? Internet ye?

Yumida Huda said...

beznye
sronoknye klo yumida dpt join sm
dpt improve comm skills yumida gak
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

Diera Tekikushika said...

what ??! Faizal Tahir? Fine, =_=

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman