Tuesday 1 October 2013

First day at CIMB Bank

Salam. Alhamdulillah. Hari ni telah berlangsung dengan jayanya. Mihmih. Lega dah lepas first day. Tak da la kepala otak ni dok berpikir macam-macam.

Seawal 7 pagi aku dah keluar dari rumah. 1 jam dari rumah and jalan tak da la jam sangat. Bawak kereta pun sekarang dah confident. Tak takut-takut dah. Untuk first day ni, ibu ayah yang teman ikut hantar. Meaning kereta tak park kat office la. Balik pun terpaksa tunggu ayah. But tomorrow I start drive sendiri okeh.


8.30 pagi masuk CIMB and ada bacaan doa and briefing pagi-pagi. Manager yang Chinese ingatkan sape yang baca doa. Good kan? Then aku diperkenalkan dengan semua staff kat sini. Alhamdulillah semua baik-baik belaka and ramah. Belum sempat aku bukak mulut, diorang dah kenalkan diri dulu.

Meja aku kat bahagian atas. Tapi untuk first day ni amik pengalaman, aku turun bawah belajar dekat kaunter depan dengan Kak Salmah, Service Ambassador. Macam-macam ragam customer and dari sini aku belajar. Bukan senang nak handle customer yang macam-macam. Kene sabar.

Actually tempat aku di bahagian loan kat atas. Untuk first day ni memang aku tak tau pape. Training pun belum pergi lagi. So, aku banyak belajar dari Abang Amran (Senior Clerk) and Kak Tina (Personal Financial Consultant). Banyak jugak dokumen yang aku kena baca but for me itu proses learning.


Banyak lagi benda yang aku kene explore. Nak-nak pulak freshie. Aku la paling muda kat dalam tu. Banyak benda kene belajar lagi. Apa yang kita belajar dekat Uni tak sama dengan dalam industri. Doakan aku agar dapat buat yang terbaik ye. InsyALLAH.

17 comments:

Unknown said...

waaaahh !! kerja di cimb ! Tahniah! Kisa doakan Mysara sentiasa dimurahkan rezeki selalu. ceh ayat mcam birthday pula. Apapun tahniah dan hati2 semasa berkerja.. :D

Unknown said...

keja elok2 ye mai..:)

Unknown said...

so excited dgr cer awak .. bestnya ehh

Azlina said...

mujur belaka ramah2 kan.. samerla.. environment baru jgk ni

Kakzakie Purvit said...

Tahniah!! Percayalah kalau rajin dan gigih, berfikiran terbuka pasti tidak lama dah boleh melakukan yg terbaik...

E'in said...

good luck mai... :)

Nazerah Yahya said...

gudluck sis sara .....

wah , first day keja .. mcm2 ada kan .... :3

Tengkubutang said...

tahniah mysara! best x dapat kawan2 baru? hee.. moga semuanya bekerjasama kan..

Nisa said...

Kerja bank nampak macam susah, but semoga dipermudahkan segalanya, inshaAllah.

Kai Ssi said...

all the best!
and semoga sukses dalam kerjaya!

http://abgdude.com/blog/2013/10/03/jalanjalan-hutan-bandar-jb/

Nina Mads said...

wahh.. tahniah buat awak. sy penyimpan duit di cimb :) service bank tu ok

missmeraa said...

wah, best nye keje dalam banking industry.. kite try xdpt2 pun lagi.. sobsobsob..

Anonymous said...

assalamualaikum , sy seorang graduan teknologi maklumat ingin tahu pendapat/pandangan cik tntg contact center consultant di cimb? Saya mendapat offer pekerjaan tersebut. Apakah career path (propect)utk jangka masa panjang bagi perkerjaan tersebut?

Terima kasih

Anonymous said...

Hi kak,nak tanya apakah faedah atau kelebihan bekerja di cimb dari segi

Gaji
Retirement plan
Bonus
Programs
Etc

Bole kak ceritakan?sy dpt offer sebagai contact center consutlant.

Terima kasih

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous Contact centre agak tough sikit. Awak memang hari2 akan deal through phone. Tak sama macam kita dekat bank, directly depan customer. Tapi segala skrip semua diorang akan provide.

Unknown said...

Hi sara. Boleh i tahu how interview as a bank officer dekat cimb ni? Bcs i dapat offer from them. So mana tahu boleh dapat tips sikit hehe

Unknown said...

Hi sara. I dapat offer from cimb as a bank officer. Boleh i tahu how the interview? Mana tahu boleh dapat tips sikit hehe tq in advance ☺️

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman