Friday 27 September 2013

Screening : Rush

Salam. Terima kasih sekali lagi to blogger otai, Bro Framestone yang telah memberi sepasang tiket untuk menonton filem terbaru, Rush di TGV, One Utama semalam. Mesti korang rasa macam baru lagi je aku tonton wayang. Ye..betul la tu. Selasa baru-baru ni premiere screening Runner Runner and malam tadi Rush. Tiket ditaja oleh Advertlets Sdn Bhd. Dapat jugak akhirnya aku jumpa bro dan blogger-blogger yang lain.

Jom baca sinopsis dulu..


Klasifikasi : 18
Bahasa : English
Genre : Aksi / Drama / Biografi
Tarikh Tayangan : 26 September 2013
Pengarah : Ron Howard
Pelakon : Chris Hemsworth, Daniel Bruhl, Olivia Wilde, Alexandra Maria Lara

Rush adalah sebuah filem aksi biografi yang merupakan sebuah kisah benar. Filem ini mengisahkan tentang permusuhan dua pelumba Formula One terkenal, James Hunt dan Niki Lauda pada tahun 1976.

Kedua mereka ni bukanlah dari pasukan yang sama di mana James Hunt bersama McLaren manakala Niki Lauda, Ferrari. Walaupun mendapat tentangan dari keluarganya, tetapi Niki Lauda sangat meminati perlumbaan Formula One dan beliau menyertai pasukan Ferrari dengan membayar sejumlah duit.

James Hunt seorang yang suka berhibur, sukar untuk serius manakala Niki Lauda sebaliknya. Masing-masing mempunyai passion yang tinggi untuk bersaing dan menang dalam setiap perlumbaan.

Hubungan mereka menjadi semakin tegang apabila dalam satu perlumbaan Niki Lauda mahu membatalkan perlawanan kerana keadaan cuaca yang hujan manakala James Hunt mencabarnya untuk terus bertarung bagi memungut mata untuk menjadi Juara Dunia.

Disebabkan perkara itu dan dengan keadaan cuaca yang teruk, Niki Lauda telah ditimpa kemalangan dan keretanya terbakar. Beliau mengalami sedikit kecacatan pada wajahnya tapi itu bukanlah penyebab dirinya patah semangat untuk terus terlibat dalam perlumbaan Formula One.


Apa yang terjadi seterusnya? Pergilah menonton ye..

Sejujurnya, mula-mula aku ada tanggapan, "Eh, best ke cerita ni?". Nak-nak pulak orang pompuan. Mana minat lumba-lumba kereta ni. Tapi persepsi aku totally berubah bila tengok cerita ni. Even adik sepupu yang temankan aku pun kata cerita ni best. 


Malahan cerita ni based on true story. Ending dia tak boleh dijangka macam kita tonton cerita biasa. Aku sendiri pun sangat puas hati bila menonton cerita ni. Even feedback dari blogger-blogger lain yang keluar panggung pun kata best.


Kita dapat tengok macam mana manusia bermusuh bila dalam perlumbaan macam ni. Macam mana jugak permusuhan yang pada mulanya bertukar menjadi persahabatan. Apa yang terjadi dalam life diorang, yang membantu diorang untuk bangkit.

Jadi, pergilah menonton. Buat kaum Hawa macam aku ni, cubala tonton satu filem yang memberi kelainan pada korang. Mesti korang akan jumpa side yang interesting. Believe me.

Ni antara gambar dengan blogger-blogger malam tadi..






Seronok dapat join blogger-blogger lain. Pic last diamik dari facebook bro. Style kan? Bro memang suka amik gambar macam tu. Hee..

7 comments:

Unknown said...

ahhhh chris hemsworth sangat hensem.... kalau best ceritanya, memang kena tengok ni...

khairulsyarafi said...

Cerita luar negara makin bnyak bikin filem seperti kehidupan, thumbs up untuk cerita bergenre begini, hebat! dan mereka pandai buat jalan cerita yang menarik dan musik yang padu!

wah bestnya dpt hangout dgn blogger ramai-ramai sebegitu :D

Nae said...

nnti laa tengok citer ni .. heheh :D

Pha Is said...

tu yg berlakon sebagai thor tu kan..?

Unknown said...

wah..kena tengok ni..

lynmunir said...

Baca sinopsis pun dah macam best aja cerita ni, harus kena pegi panggung nampak gayanya.

Tengkubutang said...

Wah.. bestnye dpt jumpa blogger2 lain.. movue pun mcm besttt.. teman suka tgk citer2 psl lumba keta or motor

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman