Wednesday, 25 September 2013

Premiere Screening : Runner Runner

Salam. Semalam aku and adik sepupu Anis telah ke One Utama untuk premiere screening filem Runner Runner jam 9 malam. Terima kasih to blogger Eazy Izzuddin yang telah memberi sepasang tiket free. Hee..and to blogger Bro Framestone yang sebarkan information tentang screening ni. Movie ditaja oleh Advertlets Sdn Bhd.

Sebelum cerita lebih lanjut, jom baca dulu review tentang filem ni..



MULA TAYANGAN : 26 Sep 2013
BAHASA : English
GENRE : Crime / Drama / Thriller
PENGARAH : Brad Furman
PELAKON : Ben Affleck, Justin Timberlake, Gemma Arterton



Filem ni mengisahkan Richie lakonan Justin Timberlake yang merupakan pelajar di Princeton menyedari dia ditipu menipu permainan perjudian di alam maya sehingga dia ke Costa Rica untuk berjumpa dengan Ivon Block lakonan Ben Affleck yang merupakan pemilik pada syarikat Midnight Black iaitu perjudian maya tersebut dan pakar dalam perjudian maya.

Richie tergoda dengan segala janji manis dan tawaran lumayan yang diberikan Block serta segala kehidupan mewah yang diiginkan. Satu demi satu misi yang harus dilakukannya sehinggalah satu ketika dia tersedar dia dipedaya. Block mempunyai tujuan dan misinya yang tertentu dan sebenarnya dia menggunakan Richie untuk mencapai misinya.

FBI memaksa Richie untuk membantu mereka bagi menangkap Block dan memerlukan segala bukti tetapi Richie pula berhadapan di mana dia perlu mengalahkan dua pihak yang besar untuk menyelamatkan dirinya.


Nak tahu selanjutnya? Jadi jumpa tonton di pawagam bermula 26 September ni ye!

Komen aku, tak rugi korang pergi menonton filem ni. Aku pun tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya. Perjudian secara online, jarang kita dengar kisah macam ni dikupas and difilemkan. Dari sini you all akan dapat tau macam mana syarikat perjudian tu kaut keuntungan dan ti helah yang mereka gunakan.

Bagi aku yang perempuan ni and tak tau apa-apa tentang perjudian online before this, filem ni bagi satu kelainan and new information. Filem ni jugak menunjukkan betapa kuasa duit boleh membeli manusia. Even dalam pengurusan sesebuah negara pun disogokkan dengan duit, rasuah. Benda ni memang berlaku.

Walau banyak mana pun rasuah yang dilabur, tapi kalau berdepan dengan undang-undang yang adil, pesalah tetap perlu dihukum. Filem ni memberikan satu kelainan dan aku suggestkan korang pergila menonton.

Actually aku dah lama tak ke One Utama. Menonton wayang pun selalu ke Mines or Mid Valley. Jadi nak ke One Utama kat Bandar Utama semalam, kami berpandukan GPS dari handphone. Jenuh jugak la tengok and ada dua kali tersalah jalan.



Dah parking and masuk carik pulak TGV. Dalam 8.40 aku sampai kat TGV. Ramai dah waktu ni. Nuffnang, Churp Churp pun ada. Excited pun ada nak menonton sebab menonton wayang ni memang favourite aku. Setiap blogger diberikan sepasang tiket.






Jadi tunggu apa lagi, tempah tiket anda sekarang!

5 comments:

AbgDude a.k.a Kai said...

wah best nye dpt tgk awal2...
saye kene tunggu dia kuar kot br dpt tengok ... hui hui hui

Syazana Zainn said...

rasa pelik pula JT belakon watak cenggini. hikhik

Sunah Sakura said...

selalu gi OU..tapi tak sampai kalo kira guna jari tangan...dan tak pernah tengok wayang kat situ..hihi...

macam best je cite ni...kalo saya tengok pun, mesti macam awak jugak, pestime tengok proses perjudian online...kalo ade rezeki, nak tengok juga nanti~ :)

Cik Tetra said...

bestnya awk dpt tgk premiere citer ni!

Fatin Fana said...

Seronoknya :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman