Sunday, 15 September 2013

Perihal 'Clearance'

Salam. Clearance antara benda yang kene buat before konvo untuk make sure tak da pape hutang, denda atau benda-benda tertunggak. Memang dari sehari ke sehari nak pergi Segamat tapi almaklumlah jauh dari rumah memang aku hold dulu. Tapi disebabkan dah dapat offer kerja and kene masuk office minggu depan, aku gagahkan jugak diri yang pemalas ni pergi.

Perjalanan bermula dengan amik bus dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Seawal 9 pagi aku dah sampai and amik bus pukul 9.30. Apa yang bestnyer, TBS ni macam airport. Ada 6 level. Level 5 and 6 parking. Level 4 untuk makan, 3 untuk kaunter tiket, 2 departure and 1 untuk teksi semua. Balai berlepas pun khas untuk yang nak naik bus je. Family tak boleh ikut sekali turun ke level 2. Tiket kite pun dicheck dulu before turun level 2.


Aku amik bus ke Melaka coz nak ke Segamat dengan adik sepupu. Adik sepupu aku study kat UNIKL MICET Alor Gajah. Jadi we all planning untuk pergi bersama.


Dah 2 bulan setengah since last time aku ke UiTM Segamat untuk submit buku log praktikal. Rindu serius memang rindu. Excited terlebih pun ada. Walaupun Segamat ni macam hutantapi kat sinilah tempat aku belajar dan tamatkan ijazah. Masuk je kawasan UiTM dah teruja. Ini mungkin kali terakhir aku ke sini sebab rasanya semua urusan dah selesai.



Sampai UiTM dah 3.30 petang. Tak banyak masa before office tutup. Sempat jugak pusing kampus satu round then ke HEA. Amik borang and ada 5 cop yang perlu diisi. Jumpa Koordinator Program (KP), Bendahari, Library, Non-Resident and Unit Koko. Boleh bayangkan baru berapa bulan je tinggalkan UiTM aku boleh lupa bilik KP and siapa KP. Sampai aku tersalah masuk bilik lecturer lain and tanya, "Dr KP kan?". Adoi..nasib muka aku ni dah memang tebal. Kat Unit Koko baru aku tanya, "Bilik KP kat mana ek?"


Penat okeh kehulu-hilir nak dapatkan cop and sign. Dalam masa 40-45 minit barulah segalanya selesai. Aku memang tau yang aku tak da pape hutang tertunggak, denda buku or saman ke but just buat clearance ni sebab UiTM Segamat wajibkan. Kalau tak katanya tak boleh konvo. Ada kawan UiTM lain bagitau diorang tak payah buat pun. Apesal kami kene...

Sebelum balik, we all singgah makan kat bandar Segamat. Dalam 15-20 minit dari UiTM. Singgah makan kat tempat yang aku biasa pergi zaman belajar dulu. Lagipun dulu rumah sewa aku pun kat kawasan bandar ni. Dalam masa yang sama tunjukkan kat adik sepupu aku bandar Segamat yang biasa-biasa ni. Habisla orang Segamat kecam aku dengan mengeluarkan ayat sebegini.

Alhamdulillah, clearance aku dah settle. Tak perlu fikir nak ke kampus coz segalanya dah selesai. Dah boleh masuk office dengan tenang minggu depan and tunggu pape update terbaru konvo je.

5 comments:

Puan Ezy said...

hebat ler terminal..
kagum2..

Cik Mun said...

mun pun xbuat lagi clerance ni..

Nazerah Mehar Yahya said...

banyaknya kerja kena buat ..huhhuuhu.... kami ni baru nak siapkan report prak..huhhu

Yumida Huda said...

selamat berkonvo sis
syoknye byk keje dah settle
kalau free, jemput LIKE post ni:

LIKE SINI

TQ :)

Amanina Mads said...

borang tamat belajar pun tak ambil lg.. malas punya pasal.

tak sabar nk tunggu konvo :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman