Wednesday, 4 September 2013

Penang II : Daftar adik, USM

Salam. 1 September, hari kedua kami di Penang. Bangun pagi dah siap semua, kami terus bertolak nak ke pulau. Walaupun dulu dah pernah lalu jambatan Penang ni tapi tetap rasa excited kali ni. Dengan view laut yang sangat cantik! SubhanALLAH..



Dah ada jambatan kedua tapi masih belum lagi dibuka sebab ada isu runtuh hari tu. Dekat jambatan yang ni memang tak boleh berhenti. Polis peronda sentiasa ada. Ada beberapa kereta yang kene tahan dengan polis sebab berhenti. Nanti kat jambatan kedua baru ada tempat untuk berhenti. Ye la, sape yang tak nak berhenti kat jambatan tu and tengok view yang sangat cantik! Boleh amik gambar.

Adik aku Shera daftar pukul 2.30 petang. Dia amik Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri. Pengajian tiga tahun dengan satu sem praktikal. 

Waktu kami sampai pulau pun dalam 12 tengah hari. Banyak masa lagi. Kami jalan-jalan ke Batu Ferringhi. Jalan kat tepi bukit, dengan pemandangan laut biru, memang buat aku kagum. Terlalu cantik! Rasa nak beli rumah kat Penang terus! Amboi kau, melampau sungguh.


Kami makan pun kat gerai tepi laut. Mengadap laut. How beautiful. Tengah-tengah hari aku mintak nasi goreng paprik. Sedap tapi kuah paprik dia kurang. Hee.. Bayak gerai kat sini and pelancong asing pun ada. Kitorang sibuk nak tengok apa mat and minah saleh ni order. Boleh ke diorang telan nasi? Boleh kot..

Lepas tu kami bertolak ke USM. Hampir sejam baru sampai USM. Dengan pusing-pusing jalannya lagi. Tapi agak puas sebab dapat tengok kecantikan and keindahan Penang. Banyak pokok-pokok besar kat tepi jalan tu yang buat sejuk and redup je. Kalau kat sini, jangan harap. Pokok semua ditebang. Tu panas.


Sebagai kakak yang sulung, khidmat aku diperlukan untuk uruskan adik aku ni. Daftar and ke bilik dia. Dah la dapat bilik tingkat atas sekali! Waaa... Tau tak I pakai  heels. Nak tercabut kaki ni menapak ke hulu-hilir naik semua dengan angkat barangnya lagi. Rasa menyesal pakai heels. Sob sob.


Aku pun tak paham kenapa gambar aku kat atas ni terlalu serius. Pic ni kat USM waktu nak hantar barang kat bilik dia. Tak da la sesak sangat sebab pendaftaran dah dibahagikan mengikut kolej kediaman. So, sekejap je segalanya settle. Kolej kediaman adik aku pulak dekat je dengan pintu utama. Korang nampak tak betapa senangnya di situ?

Dah siap segala urusan and meninggalkan adik aku kat tempat baru, kami memulakan misi mencari jeruk. Terjumpa pulak dengan sorang akak jiran yang dah duduk Penang, dia la yang tunjukkan tempat jual jeruk. Memang wajib datang Penang beli jeruk. 

Jeruk Madu Pak Ali. Ramai uoolls kat sini waktu kami datang. Mostly orang luar. Aku penat pegang bakul yang makin lama makin berat. Aku paling suka jeruk mangga and kedondong.


Bagus betul Pak Ali ni. Femes-amos jeruk dia. Memang sedap! Kalau korang ke Penang boleh la dapatkan. Satu paket yang diorang dah siap-siap letak tu, RM6. Kalau kita nak yang lain pun boleh, nanti dia timbang.

Sebelum balik, singgah rumah akak ni. Kenalan ibu aku, dah nama pun jiran, Mesra gitew! Dapatla isi perut dengan puding and pasta goreng. Memang sedap and terjaga perut I yang waktu tu kelaparan.

Kami bertolak balik 7.10 petang and jalan agak sesak waktu tu, dengan hujannya lagi. Sempat singgah Slim River untuk rehat nak bagi ayah yang drive tidur kejap sebelum teruskan perjalanan. Ye la, jauh. Dah tu ayah sorang pulak yang drive. Aku ni tak mahir lagi.

Kami sampai rumah hampir pukul 3 pagi! 8 jam perjalanan! Memang penat. Aku dah puas tidur-bangun dalam kereta. 

Overall, sangat best ke Penang walaupun jauh. Memang negeri yang paling cantik aku pernah pergi. Adik aku belajar sana tiga tahun so masih banyak lagi masa untuk pergi. Hee..

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

akak memang suka pineng. makan sedap2. p makan pasemboq tak. akak selalu beli jeruk kat busten butterworth. banyak pilihan. jenuh nak pilih hihi

Liza Licha said...

jeruk penang.. sedap tu dear :)

Nur Azwa Edora said...

Wahhh untung laa pergy sana . Kita pun next month nak pergy sana . Menikmati keindahan kat sana katanyaaa . Kehkeh . :D

AFAR Bismi said...

congrate for ur sister krna bjya mjdi sbhagian drpd keluarga besar USM..USM memang best dan x rugi blja di sna.. :)

say to easy=) said...

penang is my hometown..penang bridge tu selalu ulang alik n xlupa feri...nanti dtg penang lg bgtau la :)

Hanida Moss said...

syoknyaaa penang! nasik kandaq wajib pekena kalo pi sana. haha

^^eKaTiKaH^^ said...

jeruk... sedapnyaaaa :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman