Monday, 2 September 2013

Penang I : Jauh perjalanan

Salam. Sabtu baru-baru ni 31hb, kami satu family bertolak ke Penang seawal 9 pagi. Dari rumah aku memang jauh. Nak kene tempuh Selangor, Perak, Kedah sikit then baru jumpa Penang. Ibu dah siapkan bekal awal-awal untuk kitorang.

Kenapa jauh sangat? Pergi bercuti ke? Actually adik aku Shera daftar USM Ahad, 1 September. Disebabkan jarak rumah kami yang jauh, kami bertolak awal. Aku ada dua jemputan wedding dari kawan baik and sedare Sabtu and Ahad baru ni. Tapi maaf sangat-sangat terpaksa tolak. 

Kami singgah Bangi and Kuala Selangor. Kat Kuala Selangor melawat kembar ayah yang baru operation sebab kencing manis. Dua jari kaki kiri dia terpaksa dipotong. Ayah aku kembar tak seiras. So, kalau orang jumpa memang tak kan notice yang diorang kembar.


Disebabkan kami dah bawak dari rumah makanan untuk lunch, tak nak la susahkan mak cik aku masak. Kitorang singgah berhenti kat taman and makan menu yang ibu masak. Lagi sedap uoollss dari makan kat kedai. Hehe..

Aku memang dah ada lesen tapi belum mahir lagi. Confident level belum 100%. Kesian jugak dengan ayah yang terpaksa drive berjam-jam and jauh tu. InsyALLAH next time dah mahir barulah aku boleh tolong drive. Tau je la kat highway, semua laju-laju. Bus and lori yang besar-besar tu pun laju.

Penat memang penat. 7.30 malam baru kitorang sampai Penang and check in hotel. Cukup selesa untuk kami satu family. Nak carik makanan pun senang. Untuk satu malam je. Rasa excited pun ada jugak. Jauh dari negeri sendiri kan. Ni second time aku datang Penang.

Baru jalan jauh malamnya badan aku dah panas. Apa kes ni? Memang daya tahan badan lemah. Aku akan sambung Part II. Boleh je kalau nak taip kat sini tapi aku tau korang pun mesti boring bila baca entry panjang-panjang kan? So, kita sambung nanti next part ye!

6 comments:

Cik Mun said...

ok..mun tunggu next entry :)

Yumida Huda said...

yumida masa 1st time dpt lesen
kemain takut nak bawak keta
then bila dah de keberanian tu..asyik nak kluar je...hehe

nik ros said...

bestnyer dapat jln2 kat pennag. sis rindu nak ke penang lagi :)

Nao Mei said...

hihi...wah dik santai lah kat taman tu...
cik akak lebih suka makanan masakkan ibu tau....:)

alia azmi said...

bestnya holiday !

E'in said...

best laa dh sampai penang walaupun pegui anta adik haaaa...

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman