Wednesday, 25 September 2013

Offer letter at CIMB GROUP

Salam. Penat satu hari. Serious. Minggu lepas aku ada bagitau dapat call, offer new job. So, Selasa 24hb aku with dua adik sepupu yang gojes dan setia menemani, Farah and Anis ke CIMB HQ. Bersebelahan dengan Sogo. Untuk kesenangan, kami parking kereta kat TBS and amik LRT ke stesen Bandaraya. Kalau you all naik KTM, turun stesen Bank Negara.

Mengikut HR, aku kena sampai sana pukul 2 petang. But actually 11.30 aku dah sampai. Jalan-jalan Sogo, makan and ke Kompleks Pertama menghabiskan masa. Sogo pun tengah sale uoolls sampai 29 September ni. Lebih elok sampai awal dari terlambat kan.


Hampir 2 petang aku masuk ke bangunan CIMB at amik pas visitor kat kaunter. Bukan senang-senang nak naik kalau tak da pas. Bangunan ni pun agak tinggi. Aku tak sure exactly berapa tingkat but hampir 40 tingkat yang pasti. Aku diberitahu oleh pihak HR untuk terus naik ke level 18.


Sampai je aku diberi surat and dikehendaki untuk buat medical check up  time tu jugak. Harus turun ke level 5. Kali terakhir aku buat medical check up waktu nak masuk degree. Biasa la semua ni atas urusan penting je. 


Bila ditanya dah kahwin ke belum of course laju aku jawab belum. Bukan apa, katanya takut pregnant. Lambat lagi tu nak pregnant. Bayang kahwin pun tak nampak lagi. Hehe. Check berat, tinggi, x-ray and semua la. Alhamdulillah semua ok. Yang best, berat aku dah turun lagi! Yeay! Tinggi je tak tambah-tambah. Sob sob.. Doktor yang check aku lelaki Cina. Baik. Walaupun dah macam awal 40-an tapi hensem. Mihmih.. 

Bila dah dapat result, terus ke level 18 balik and submit result tu. Jangan risau. Aku jujur, tak curik tengok pun sebab aku tau and yakin aku sihat.


Aku diminta tunggu sebentar lepas submit report tu. Then Miss Zakiah yang took over bagi segala offer letter and semua dokumen yang perlu diisi. Actually, Miss Zakiah ni la yang dah beberapa kali call aku. Mintak transkrip degree and sampai aku dah baik hafal kalau call CIMB masuk. Dalam telefon aku dengar suara orangnya lembut then jumpa face to face memang lembut, baik and cantik orangnya.

Apa yang aku tak faham and curious semua aku tanya. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Miss Zakiah siap wish "Good luck" lagi untuk first day lapor diri nanti.

Amik offer letter memang kat HQ, KL tapi tu tak bermakna aku keje kat KL. Aku dapat CIMB kat tempat aku sendiri. Tak jauh dari rumah. Senang la nak ulang-alik lepas ni.


12 comments:

canah jul said...

alhamdulillah..wa bestnya dpt kja,,,jelez ehh btw gud luck

Khamsi Abdullah said...

Kem salam kak Miss Zakiah ye..hehe just kidding. Wah...! tahniah dapat job :)

Nazerah Mehar Yahya said...

ohhh cimb ...wah wah .... bestnya ....kami duk buat akaun cimb lah tu .. :3

gudluck akak !! :3

Fazleyatul Aini said...

tahniah =)

Cik Anis said...

waaaa...tahniah n good luck !

Puan Ezy said...

bkn sng nk msok keje bank ni..
tahniah!

Liza Licha said...

congrats.. best tu CIMB

NoRfArAhiN said...

congrates mai.. :D
dapat kat CIMB rupanya, amik course banking mmng patut x leh lepas offer ni. hee..untung dekat dgn rumah tw

Mieya Atiera said...

Congrates. mesti seronok kerja bank kan?

Shikin said...

alhamdulillah kak mai...tahniah...mesti best kan dah dapat kerja

Lynn Munir said...

Tahniah dear.

Anonymous said...

Boleh taw tak.. Sewaktu medical check up itu.. Apa yang diperiksa?

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman