Thursday, 5 September 2013

Hargai zaman belajar anda

Salam. Pada aku zaman belajar adalah zaman yang paling best. Bila bukak blog, baca entry-entry lama aku jadi rindu pulak. Serius rindu! Nak banding dengan zaman sekolah, for me zaman Uni lagi best. Tapi setiap satu ada keistimewaan yang tersendiri.

Rindu dengan kawan-kawan lagi. Kawan-kawan yang sama-sama berjuang dengan kita. Dah habis belajar ni bukan senang nak jumpa diorang. Nak-nak pulak ada yang jauh-jauh.


Niat di hati nak sambung master terus! Tapi memikirkan industri sekarang yang memerlukan pengalaman, so aku decide nak kerja dalam dua or tiga tahun then baru sambung belajar sambil bekerja. Masih lagi berfikir nak sambung Uni mana.


Kadang-kadang sedih bila tengok budak-budak yang malas belajar, ponteng sekolah. Sok nak jadi apa dik? Dah habis sekolah baru nak menyesal tak guna. Yang masuk Uni pulak suka-suka je. Tak salah nak enjoy tapi study kene fokus. Pengakhirannya, kene buang Uni. Kan dah membazir duit mak bapak hantar kite belajar.

Walaupun zaman belajar ni tension kadang-kadang, tapi benda tu la paling kite ingat. Nak mengadap buku, buat note, search information, group discussion..semua tu buat aku rindu. Nak balik Uni la macam ni!

Bila tengok adik sambung Uni, mulalah rasa dah tua sangat. Ye la, zaman aku sambung degree macam dia dah lepas. Cuma aku ingatkan dia study betul-betul and fokus bila kat Uni ni. Seimbangkan akademik and koko.

Kita yang mencorakkan masa depan kita sendiri. Jangan anggap zaman belajar ni untuk suka-suka je, tapi hargai peluang yang ada depan mata.



13 comments:

Kisah Si Dairy said...

masa belajar lah paling seronokkan...

Asha Lya said...

Salam perkenalan Mysara..:)

Cik Mun said...

mun dah nak balik u minggu ni :)

Fazleyatul Aini said...

dulu lepas belajar pon sama. fikir nak kerja dulu setahun 2, baru sambung master. dah kerja, terus malas nak belajar hihi

Bila jari ingin berbicara said...

setuju sangat..mmg zaman belajar adalah zaman yg paling menyeronokkan..da hbis belajar confirm rindu :)

Nurul Farahizzati said...

i love my schooltime.. masuk Uni ni, dorang asyik fikir kepala sendiri je.. humm.. :/

tenku butang said...

hargai kawan2 semasa belajar.. nanti dh x jumpa rinduuu.. betulx? heee

Schajar McFlurry said...

Hajar inggal lagi dua tahun sebelum berakhir zaman belajar. wahh. rasa macam nak stopkan je masa. tapi tak sabar nak grad jugak. macam mana tu? hehe.

Miss Xyz said...

Bunyik macam stress je masuk Uni ni. ><

Che Rosliza Che Mat said...

akak setuju sangat2...time belajar paling best..

Anonymous said...

Slm prkenalan mysara..
Time blaja mmg sronok.. tp nk wt cmne, industri skrg pndang pngalaman lebih drp sijil akademik.. so elok sgt la klu keje dlu... then bru smbung blaja... utk sape yg malas nk blaja, bleh bce info kt website ni: http://masterdiploma.blogspot.com/ khas utk org yg dh bkeje je...

tq

Marya Hana said...

Sekarang kak maghia dah rindu zaman belajar, buat assignment last minute, cuci mata tgk siswa fakulti lain, EH.

pha is said...

orang kata, zaman belajar ni la yg paling enjoy.. heheh

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman