Tuesday, 17 September 2013

First day, First job

Salam. Alhamdulillah. Sudah selesai hari pertama yang puas aku berpikir sampai mencucuk-cucuk kepala. Waktu entry ni ditaip pun aku masih pakai baju pergi kerja tadi and masih belum mandi. Almaklumlah mendahulukan perut dengan nasi sepinggan and burger ayam satu. Ni pun rasa nak kunyah roti pulak. Mihmih..

Aku sampai seawal 8.25 pagi. 8.30 start office hour. 5 minit awal pun nak kecoh. Sab sab soi la aku tak lambat. Masuk office and ke bahagian admin, aku bersama sorang kerani yang masuk hari ni diperkenalkan dengan staff-staff dalam office ni. Semua staff kat sini Melayu. Tersipu-sipu malu aku berkenalan dengan semua staff (konon).

As an Eksekutif Akaun, aku dapat meja sendiri! Ohoi memang best and meja yang belakang. Aku buat apa pun bukan orang tau. But awas, aku rajin tau. Tekun aku belajar hari ni apa yang patut. Hari ni je dah key in data akaun and issue cheque. Nampak tak ketekunannya?

Oh ye, aku pernah janji nak bagitau aku kerja company apa. Actually, aku kerja kat Aviation Management College. Sebuah kolej pengurusan penerbangan. Ada beberapa kos yang ditawarkan khas untuk mereka yang nak bekerja di bidang penerbangan. Dari sini baru aku tau macam-macam rupanya bahagian penerbangan ni. Aku ingatkan pilot je. Even untuk bakal pramugara and pramugari pun ada. Kolej ni link dengan KL Airport Services. So insyALLAH dah ada lorong kerjaya untuk graduate.


Menjelang tengah hari sampai ke petang aku dah mula busy. Gambar ni diamik waktu pagi. Baru lepas lap and kemaskan meja. Aku dibekalkan pamplet so sempat la baca-baca. Baru nak kenal-kenal dengan kolej ni. Kalau korang ada yang berminat di bahagian penerbangan, boleh rujuk laman web rasmi kolej ni di SINI. Kolej ni jugak dalam proses pembinaan kampus baru di Putrajaya yang dijangka siap November 2014.

Overall my first day berjalan dengan lancar. Sangat selesa and aku masih dalam proses belajar. This is my first job. Memang aku masih muda, fresh grad, apa pun pengalaman tak da. Harapkan praktikal je. Tapi boleh belajar kan?


7 comments:

Amanina Mads said...

tahniah awak..hehe. blog pun dh bertukar. Cantik :)

Fazleyatul Aini said...

kerja rajin2 =)

Liza Licha said...

all the best dear.. kerja rajin2 ye

SecretOfShaila said...

wahh...tahniah mai..^^

Puan Ezy said...

bkn sng nk dpt keje skrg ni..
tmbh2 lg yg bru abes blaja..
kire awk sgt bertuah tau..
keje rajin2 ok!
banggakn bos anda ngn prestasi keje anda..
chewah..

Nazerah Mehar Yahya said...

kak sara ... wahh dah kejaa .. best tuu .... baru nak syorkan kerja di PNB .... diorang amek fresh grad jugak .. nyut nyut ...

Lynn Munir said...

Tahniah dan selamat bertugas. Kerja elok-elok naa..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman