Wednesday, 18 September 2013

Baru hari ke-2, dah dapat offer lain..

Salam. Semalam ye-ye ee aku promote tempat kerja baru kat korang. Tetiba hari ni dah cerita lain pulak. Apa kes ni? Tak boleh pakai betul cerita semalam. Relax, relax... Aku pun dalam dilema. 

Hari ni time aku tengah bertungkus-lumus buat kerja, dengan fail serabut atas meja and madam besar kat sebelah, boleh pulak handphone berbunyi. Tengok nombor macam dah kenal sebab ada beberapa kali nombor yang lebih kurang sama call. So aku angkat je tapi bagitau suruh call balik 12.30, time rehat aku. 

Nak terus cerita kat korang tak syok pulak. Kite go one by one. Bila dapat call tu mulalah hati ni tak tenteram sebab diorang nak aku confirmkan cepat. Excited pun ada. Rasa bersalah pun ada. Haha. Ye la, baru masuk hari kedua, tetibe nanti kata nak berhenti pulak. What the?? Padahal dah macam-macam jugak dia ajar kat aku.

Tengah hari aku tunggu call tapi diorang tak call. Risau jugak mana tau diorang dah offer kat orang lain ke, aku dah terlepas peluang baik. Tapi aku percaya pada rezeki. Kalau dah rezeki tu tak kemana. Ye dak?

Petang pun aku standby handphone sentiasa ada di sisi. Finally 7.30 macam tu diorang call. Alhamdulillah, yeay! I got the offer! Tersenyum-senyum simpul. Ibu ayah and mak cik yang aku duduk rumah dia sekarang ni pun tumpang happy. InsyALLAH minggu depan pergi amik offer letter.

Kenapa aku amik offer ni? Gaji basic dia je dah beza hampir RM1,000 dengan gaji sekarang. Basic je pun dah tinggi. Tu belum campur elaun, komisen. Syukur sangat-sangat.

Aku pergi interview position ni sama minggu dengan yang aku kerja sekarang. Cuma kolej penerbangan ni yang offer awal. Tapi apa-apa pun lepas bincang dengan semua, aku amik offer baru ni. Mesti ada yang nak tanya kat mana? Kerja apa? Oh..nanti aku cerita ok..:)

10 comments:

Cik Mun said...

wahhh..tahniah ye :)

cik atie said...

alhamdulillah... murah rezeki.. :)

Fazleyatul Aini said...

rezeki2 =)

Amyma Omar said...

tahniah.. ^_^

Nao Mei said...

hihi..murah rezeki adik..yang penting adik suka dengan kerja adik yang baru tu...
:

azi nur said...

wah gaji besar boleh belanje kite...hehe

Puan Ezy said...

wahhh rezeki
tmpt baru lg best kot.. hehe

anamizu said...

wahhhhh sonoknye rezeki keje dtg.. hehe

Kakzakie said...

Alhamdulillah... syukurnya sebab belum confirm tempat baru boleh aje resign dgn cara inform baik-baik...

E'in said...

alhamdulillah, rezeki mai... :)

nmpk gaya gaji mai lg besar dr akak nie... belanje! belanje! hihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman