Wednesday, 7 August 2013

Preparation

Salam. Pejam celik celik pejam, esok dah rayer. Hari ni dah Ramadhan 29. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi terpaksa membiasakan diri bangun seawal pagi untuk sahur.

Waktu entry ni ditaip, aku tengah iron langsir. Banyak langsir nak kene iron sebelum dipasang and tu dah memang tugas wajib aku setiap tahun. Adik aku yang lain pulak busy tolong hiris bawang, mesin cili and yang sewaktu dengannya.


Menu untuk rayer ni of course ada ketupat and kuah kacang, lemang, rendang ayam and daging, tapai pun ada. Dalam banyak-banyak ni, aku tak makan ketupat. Kenapa? Sebab aku rasa macam tu nasi yang ditumbuk-tumbuk. Disebabkan tu setiap pagi rayer mesti ada lemang untuk aku walaupun aku makan seciput je.

Macam mana persiapan rayer korang? Mesti masing-masing tengah busy. Adat nak menyambut Aidilfitri kan. Busy pun sempat lagi aku on lappy update blog. Hee..

Apa pun di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam especially pembaca blog. Moga Aidilfitri kali ni memberi seribu makna untuk korang. 

Nanti jangan lupa kongsikan moment rayer korang nanti ye. Sharing is caring. Boleh aku blogwalking..:)

2 comments:

Ieyra Ghani said...

Okay kak ^^ moment raya sudah smestinya diabadikan diblog itu wakakaka..btw nice langsir ^^

Nadzirah Yahya said...

selamat ari raya cik sara .. :3

semeriah semua orang .....
nanti datanglah rumah ... :3 hihihi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman