Monday, 5 August 2013

Mencari kasut berjam-jam!

Salam. Hari ni seawal pagi aku dah keluar with my adik, Shera. Target nak shopping kasut, handbag and selendang.  Baru 9.30 pagi aku dah sampai Kajang. Awal kan? Serius gigih.

Teman adik ke BSN untuk beli nombor pin PTPTN and sempat jugak jumpa Encik Sayang yang memandu sorang dari Johor Bahru. Thank you hadiahkan kite handbag and rantai!:)

Walaupun Encik Sayang dah hadiahkan aku handbag, aku tetap nak carik handbag lain. Alasan, handbag rayer. Setiap tahun dah memang wajib aku mesti beli kasut and handbag baru walaupun ada yang masih boleh diguna. Entahla aura rayer kot walaupun aku kate aku tak da la excited mana nak rayer. Tu macam statement poyo je kan.

Susah kalau masalah cerewet ni. Dari Kajang, kami ke Mines, Seri Kembangan dengan adik sepupu and mak cik aku. Punyer round Mines tu atas bawah, tak da satu pun yang aku berkenan. Adik aku awal-awal dah dapat kasut.

Tak cukup dengan tu, ke Kajang balik. Ke Metropoint pun tak da jugak. Lastly ke Plaza Metro Kajang. Jam waktu tu dah 4.30 petang. Ayah pun dah call ingatkan jangan balik lambat. Padahal satu hape pun aku tak beli lagi. Kasut la yang aku paling cerewet.

Waktu tu aku dah decide, jangan terlalu cerewet sangat. Dah tak cukup masa. Lagipun dah penat satu hari pusing sana-sini, tak kan la tak jumpa sepasang kasut. Sepasang je kot! Bukan berpuluh-puluh!

Lepas entah berapa kali aku masuk kedai itu dan ini, tengok sana-sini di sambil pelanggan yang makin ramai, finally dapatlah aku satu kasut. Finally....my kasut rayer in the house!


Bagai nak tercabut kaki ni semata-mata nak mencarik kasut. Susah jugak jadi orang cerewet ni. Oh by the way, tak sabar nak pakai kasut ni time rayer nanti. Harga dia? Tak semahal and tak semurah mana. Nasib ada sale! Hehe..

6 comments:

Cik Nas :) said...

Nas pun cerewet jugak kalau pilih kasut, so, kalau nak shopping takda sape-sape volunteer nak teman :p

Fazleyatul Aini said...

akak beli kasut 2 pasang kat Brands Outlet semalam. murah 35 hengget je hihi. tu yang rambang mata. lagipun suka flat shoe kat Outlet tu. Selesa dan sedap pakai

saffiya_aleesya @ echa said...

saya pun cerewet gak dgn kasut dan handbag..smpai skrg xde kasut raya dh penat pusing shopping mall tapi xde plak yang berkenan di hati

♡ ⓒⓘⓚ ⓨⓐⓨⓐ™ ♡ ツ said...

ni akak beli kasut yang bertutup and bertumit ye kak ? :)

dear xila said...

hahaha kita geng! cerewet!
shopping 5-6 jam semata 1 kasut je terasa kepuasan dalam kecerewetan ;p

Mieya Atiera said...

Perkara biasa bila nak sambut raya nie. Semuanya nak serba baru. Sama lah macam Mieya. Baru-baru ni, sibuk cari tudung baru.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman