Saturday, 3 August 2013

Graduated!

Salam. Hari ni TL facebook dipenuhi dengan status happy masing-masing. Sama jugak macam aku. Syukur alhamdulillah. Aku dah muat naik status facebook ni pagi tadi.



Bangun je sahur terus aku kejarkan lappy. On, cucuk broadband and terus bukak email. Result UiTM final sem keluar. Memang standard rasa berdebar-debar. Bukak je and tengok GPA and CGPA, rasa bersyukur sangat-sangat.

Sem akhir hari tu merangkumi thesis and praktikal. Aku pernah jugak merungut dulu bila penat ulang-alik ke Johor semata-mata untuk thesis. Biasa la manusia kalau tak merungut tak sah. Berejam kat dalam bus, terkejar sana-sini, dengan praktikalnya lagi memang buat aku penat. Sampai satu ketika aku pernah demam and MC kerja.

Tapi pengorbanan aku tu berbaloi dengan result thesis. Betul la ungkapan bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ceh, jadi cikgu BM terus! Thank you so much kat advisor thesis aku yang guide dari awal sampai la thesis dapat disempurnakan. Tak lupa untuk kawan-kawan yang sama-sama berjuang di peringkat ijazah ni. Sayang korang lebih!


Selesai la pengorbanan and perjalanan pengajian dari diploma sampai ijazah selama 5 tahun. Tak sabar nak konvo hujung tahun ni!

8 comments:

pha is said...

selamat bergraduasi...

ayampenyek said...

tahniah :) congratulation

tiey smilez said...

Tahniah ;)

ahmoi_chanteq said...

T.A.H.N.I.A.H =]=]=]

Che Rosliza Che Mat said...

tahniah...

Cik Nas :) said...

congrats :D

♡ ⓒⓘⓚ ⓨⓐⓨⓐ™ ♡ ツ said...

tahniah akak . :) best nya dah graduate . saya lama lagi kodd . huhu

Mieya Atiera said...

tahniah :)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman