Wednesday, 31 July 2013

Non-Muslim pun berpuasa?

Salam. Sedar tak sedar seminggu lagi je kita bakal meninggalkan Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. 

Sebagai Muslim, kita memang diwajibkan untuk berpuasa melainkan ada sebab-sebab tertentu. Online pagi tadi aku terjumpa post dari seorang artis Cina, Soo Wincci. Kenal tak? Dia merupakan Miss World Malaysia dan pernah menyertai Masterchef Selebriti.


Soo Wincci merupakan antara artis Cina yang aku suka. Kenapa? Sebab aku suka tengok kesungguhana dia untuk mencapai sesuatu yang dia target. Dia akan berusaha sedaya-upaya. Bayangkan disebalik  busy dengan urusan seni di Malaysia, Taiwan, dia jugak sedang menyambung pengajian PhD. Disebabkan tak da masa kadang-kadang dia menyiapkan thesis PhD dalam flight.

Satu benda yang aku kagum and nak kongsikan, dia juga turut berpuasa. Sahur mesti dia akan amik kurma. Bayangkan seorang bukan Islam berpuasa. Ni kita umat Islam, ada jugak yang tak puasa. Tak puasa satu hal, ni makan, minum, merokok terang-terang depan orang tu pun sangat tak menghormati and tak tau malu.

Yang aku tak faham, ada jugak yang kecam bila Soo Wincci berpuasa. Eh, kenapa pulak ada yang macam tu? Bagusla kalau dia berpuasa lagipun tanpa paksaan. Menurut Soo Wincci, dia berpuasa sebab untuk kesihatan badan and dalam masa yang sama nak merasa pengalaman bagaimana umat Islam berpuasa. Bagusla. Jangan la nak dok kecam. Mana tau terbukak hati dia satu hari nanti nak masuk Islam.

Ni post di facebook Soo Wincci aku kongsikan.

5 comments:

najihahfara said...

kan. ramai yang kutuk dia. bukan salah pun. susah org2 ni

Che Rosliza Che Mat said...

betul tue...Islam tak melarang orang bukan Islam nak berpuasa...ada ke hadis melarang orang bukan Islam berpuasa....

azi nur said...

kite pon suke soo winci..dah la cantek, suare sodep. lagi tinggi. :p

E'in said...

betul.. sepatutnye kite org islam nie kena support die.. mane tahu kan 1 hari hati die tebuka masuk islam..

psst selamat hari raya mai... :p

Mieya Atiera said...

Ada baiknya jikalau kaum lain turut sama nak merasa nikmat bulan Ramadhan.

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman