Wednesday 5 June 2013

Request : Pengalaman study di KPTM Bangi

Salam. Terlebih dahulu terima kasih buat Adik Yaya yang tinggalkan pesanan kt cbox kitew. 


KPTM stands for Kolej Poly-Tech MARA. Aku dulu study KPTM Bangi during diploma amik banking. Kenapa pilih KPTM? Tak masuk IPTA?

Mungkin bukan rezeki walaupun orang kata result SPM aku agak baik. Orang yang result kurang dari aku pun dapat. Dah bukan rezeki kan. Aku dapat jugak tawaran Politeknik tapi aku tak minat kos yang ditawarkan, Insurans.

IPTS memang ada untuk foundation tapi lepas pikir banyak-banyak kali, aku apply KPTM. Kenapa KPTM? KPTM adalah salah satu institusi pengajian under Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Masuk institusi pengajian under MARA membolehkan adik-adik dapat apply loan MARA. Sangat menguntungkan sebab tak perlu bayar full untuk pembayaran balik. Lulus 2.0 pun boleh dapat 50% diskaun inikan pulak kalau result lagi tinggi! MARA jugak provide wang saku bulanan di mana sangat berbeza dengan PTPTN. Zaman akak dulu RM630 sebulan! 

Ni gambar curik aku yang sangat FOKUS! Mih mih..

KPTM Bangi terletak bersebelahan dengan UNIKL MFI di seksyen 14 Bandar Baru Bangi menyediakan suasana pembelajaran yang sangat selesa. Lecturer kat sini pun ok. Hostel tak jauh dari kampus and ada laluan pejalan kaki disediakan. Kalau malas jalan kaki, bus and teksi pun ada.

Sebut pasal hostel, yuran hostel RM900 sebulan waktu aku sem akhir dulu. Dalam satu bilik hanya 3 orang and dah siap toilet and tempat sidai baju. 2 bilik untuk satu toilet so adik-adik akan ada toiletmate! Hee.. Malas nak basuh baju pakai tangan boleh guna washing machine tapi pastikan kumpul duit 50sen banyak-banyak ye. Dalam kawasan hostel ada cafe and nak tengok pape cerita boleh je turun kat cafe tu. Surau, tempat perbincangan kalau nak buat assignment pun ada.

Kampus kat Bangi ni sangat memudahkan pelajar. Semua kemudahan dekat je. Ke UKM pun dekat. Nak beli barang atau urusan bank sume senang. Transport utama kat seksyen 14 ni teksi.

Kualiti pengajian? KPTM menyediakan pengajian yang berkualiti and diiktiraf oleh MQA. Ramai dah senior yang berjaya and sambung sambung pengajian di IPTA, IPTS and ada jugak ke luar negara.

KPTM Bangi ni yang aku suka part Anugerah Dekan, dinner, sume kat tempat best-best. Tak da maknanya guna dewan kampus je. Contoh Anugerah Dekan waktu aku sem 5, kami ke Palace of Golden Horses. Wahh..sangat best diraikan macam gitew..

Masing-masing dah berpecah

Ada yang mencemuh sebab IPTS? Apa ingat IPTS tak boleh berjaya? Aku penah buat research untuk salah satu asssignment pasal benda ni dulu. Actually, tempat kita belajar hanya memainkan peranan kecik je untuk apply keje. Yang penting how kita bawak diri kita ni untuk cabaran luar.

Terus terang cakap even dah masuk UiTM pun aku selalu teringat kat KPTM sebab sangat best belajar kat sana dulu. Maybe disebabkan environment dia. Berbeza dengan UiTM so sape kata IPTS tak bagus?

Alhamdulillah.. Bermula dengan KPTM Bangi untuk diploma kini aku dah nak habis ijazah pun kat UiTM Segamat, Johor. Yang penting, usaha dan doa..:)

135 comments:

Unknown said...

wahh best jugak hehe .

Syazana Zainn said...

tu la untung kalau dgn MARA
kalau dgn U lain PTPTN
ni jenuh dok bayar hihi
tp dah hutang kan
bayar je la
:D

adventure mama said...

sebenarnye bagos masuk college under mara...ramai yg dah lepas belajar diploma senang nak apply loan blajar oversea..hehe..

Alia Syahira said...

Ohhhh . Okayy . Nampak macam best . Ni makin semangat ni nak masuk . Thanks akak sebab sudi share masa akak study dekat kptm dulu . :)

Unknown said...

wah, tahniah.. sy kat kuis je.. dr diploma smpai ijazah sekarang :)

singgah sini dan follow

KisaH PaHit ManIs HiDup ZieYziE.... said...

wah bestnya..cazen dan kawan saya dapat KPTM.

Anonymous said...

huhuhu....bestnyer akak cite pasal pengalaman akak kt kptm...sy ni tgh tggu result rayuan upu...meanwhile sy pn cadang gak nk mntk kt ktpm klu rayuan tk dpt....hehehe^^

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, tumpang tanya. kalau kat kptm ni wajib pakai tudung tak?

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous xwajib...bebas..

Anonymous said...

okay :) and lagi satu kalau peralatan eletrik nak kena daftar kan. ada kena payment ke?

aKUmUZIKfILEM said...

takdelah KPTM sangat, sebab konvo diploma pun di uitm kan. untung, cert diploma dari uitm, tapi tak payah pinjam PTPTN. kenapalah aku tak tahu dahulu

faqihah said...

Salam.. hostel tu kita byr sendiri ke or dy dah tolak dr pnjman kita...

Anonymous said...

akak, saya nak tanya. yuran hostel tu mmg bayar tetiap bulan ke? or, bayar setiap semester? and brp? mahal tak kak .saya nak masuk sini tapi takut macam bayaran mcm mahal je. takut saya tak mampu huhu. it's very pleasure if akak could give me an explanation abt this.

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous adik nak bayar setiap bulan boleh, bayar 1 sem sekaligus pun boleh. 1 sem RM900 tp hostel dia sangat selesa. Toilet and tmpt sidai kain dalam bilik jgk. 3 org 1 bilik, meja study, almari sume siap. Kalau yuran, akak suggest amik kos under UITM programme. Lebih murah and chances nk masuk UITM tinggi, yg penting perform. Kalau under diploma KPTM, mahal sikit la. Yuran pengajian 1 sem dalam RM1000 lebih..

Unknown said...

assalamualaikum, saya sudah apply kptm, dan mostly course yang saya amik bukan under uitm, dan yuran course sangat mahal, saya nak mohon loan mara, dapat tak ? dan macam mana ye.

Anonymous said...

akak , can i have your phone num or wechat akak ? hm nak tanya pasal course ni and kptm bangi ni . boleh tak ?

Mysara Ab Rahman said...

@zatie jalil dapat insyALLAH..awk boleh gak mohon pendahuluan MARA utk pendaftaran..kene pegi mana2 pejabat MARA ngri utk pendahuluan MARA..utk pinjaman MARA pulak, nt pihak kolej uruskan..cuma kene alert dgn notis dorg bg..

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous hp no akak xboleh taip kat sini, umum sgt..wechat carik je 'mysaraabrahman'..or boleh jugak email mysara90@yahoo.com..

Anonymous said...

Akk . Nak tanya . Saya dapat bangi . Mcm mana kita nak dapat asrama yg bagus ? Kena dtg awal ke mcm mana ? And semua kemudahan ada kan ?

Anonymous said...

Alhamdulillah sy dtg study kt kptm bangi kak..Sy dpt course busniess..Keadaan pembelajaran kat Kptm ni okay tak kak? utk sem satu hostel kena bayar 900 jgk ke kak?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak saya sudah mohon kptm tpi diploma bukan kerjasama dengan uitm punya jadi lepas abis diploma ni ad peluang tak saya nak masuk uitm?

Unknown said...

@Mysara Ab Rahman duet pendahuluan boley dpt sbelom masuk blajar x

Unknown said...

akak , duet pendahuluan mara boley dpt sblom masuk belaja tak

Anonymous said...

Tu bg pelajar kptm sendri bleh la puji melangit..kptm kolej paling worse aku jumpa..aku nak bgtau saudara mara aku n member2 aku jgn masuk kptm..admin kurang ajar..bhgian kewangan buat kerja cincai..patut kena komplain dekat kementrian je ni..

Anonymous said...

Sy dip uitm-kptm bangi, degree di uitm shah alam, master di ukm..saudari mai xda sentuh ckit pn psl pengurusan kptm bangi..n apa yg dkatakn bkn pjian melangit tapi mmg btul environment n kmudahan kptm bangi blh dkategorikan sbg selesa sgt..sy da blaja kt uitm kt ukm pn still syg kt kptm bangi..jgn la psl manusia yg bkerja kt bhagian opis ke kaunter ke mcm ape 1 kptm nk dkondemnye..rasanye semua yg jaga kaunter mmg kebanyakannya begitu kn bkn kt sini je..tgk org la dan kita kena pndai handle bile kes cmni blaku..ape pn byk faedah blajr sbg student under uitm kt kptm bangi ni..xnk masuk sudah..bg sy ape jadi pn sy nk adik sy blaja kos uitm kt kptm bangi..

AyLaSh`ASHAVIEYNZ said...

Sis dah grad ke kt uitm sgmt ? Huhuhu

Mysara Ab Rahman said...

@AyLaSh`ASHAVIEYNZ dah grad..habis practical hujung jun 2013 and thesis sume..

Unknown said...

Slm kak.. Sy dh dpt offer letter dri kptm bangi so nk tanya akak tdg kat sana bebas ke nk pkai tdg apa pun? Or wajib pkai tdg bwl? Klau pkai plain wide shawl boleh? Pls reply akak. I need ur help

Unknown said...

Assalm kak, saya pelajar lepasan spm 2014. Skrg saya tgh tunggu keputusan upu. Dlm masa yg sama saya dpt tawaran ke kuis dan kptm bangi. Program yg ditawarkan kedua duanya bisnes managment. Saya skrg dlm dilemma nk masuk mana satu. Sama ada kuis atau kptm bangi. Saya nk tanya pendapatan akak. Mohon balas ye. Tq kak 😊

Samsoon said...

Assalam Dik...

Bole contact hp saya tak..?
016 565 8007... Sham
saya ingin bertanya la byk hal mengenai kolej KPTM ni...
Panduan untuk anak pun ni

Anonymous said...

Kos entrepreneurship under uitm ke dekat kptm bangi?

Anonymous said...

@Najwa Fadzley hi najwa . saya dpt kptm bangi jgk . saya ad msuk group whatsapp kptm bangi yg ad senior kptm . klau berminat add sy kt wechat . id : aisyah145

Anonymous said...

Sapa2 yg dpt kptm bangi utk sesi 2015/2016 klau berminat utk join group whatsapp sila pm saya di wechat . id : aisyah145 .
pss : dlm group tu ad senior yg bole bantu kita . :)

Syafiqal Azahar said...

Assalamuaaikum. KPTM Bangi ni berdekatan dgn bandar ke? Maksud saya adakah semua kemudahan berdekatan dengan kptm bangi ?

Mysara Ab Rahman said...

@Pikal Azahar yup sebab KPTM ni area bandar baru bangi. Cuma bus tak da dekat area sini. Kene guna teksi

Unknown said...

Lepas tamat belajar 6 sem tu,kalau nak mohon ijazah dekat universiti lain bleh ke??

Unknown said...

Kptm kwasan and system pembelajaran mmg best. And now kptm bangi da ada degre for accounting under dublin. Cuma satu lah dia dlam sistem pengurusan. Biase la kalau sistem pengurusan dia down. Tp bab klas and sistem pembeljaran dia terbaek.

Unknown said...

Bas ke kptm da ad. Asrama ke kolej. X slap skli naek rm 1

Mysara Ab Rahman said...

@Nurul Nabella Boleh dik. Tak da masalah yang penting awak perform.

Anonymous said...

dapat kptm,tapi nak tunggu upu .cemana.....

nufa said...

Salam kak. Nak tanya, kalau yuran pendaftaran kptm ni dia kata byr before tarikh pendaftaran iaitu bulan 7. result upu pula kluar bulan mei. kalau byr lepas result upu keluar, boleh lah kan? maaf kak, konfius sbb tu tanya.

Anonymous said...

ada stesen bas berdekatan tak dekat situ?

Anonymous said...

@Anonymous saya pun dapat kptm tapi nak tunggu upu. mak saya bayar dulu untuk kptm tapi kalau dapat upu dan nak pergi upu, duit yang saya bayar tu burn je. awak dapat kptm mana?

Anonymous said...

Dapat kptm tapi nak tunggu upu tapi nak tahu lebih lanjut tentang kptm under uitm pls help me

Unknown said...

Akak, nak tanya. Foundation in accounting ni kos uitm di kptm jugak ke? Macamana nak tahu kos tu kos uitm ke tak

Anonymous said...

mcm mana nak tau kalau kos tu under uitm atau kptm?

Anonymous said...

Assalam ,saye dpt kptm kuantan tapi dia suh buat pinjaman ptptn ? Asal ye ?

Mysara Ab Rahman said...

Yuran dia sampai nak dekat daftar pun boleh. Awak ikut tarikh bila awak nak daftar

Mysara Ab Rahman said...

Area situ tak da bus. Ada teksi je. Tapi kptm time saya dulu ada sediakan bus untuk student

Mysara Ab Rahman said...

Under uitm ikut kos awak amik kt kptm. Tak da beza denga student uitm sendiri sebab cert diploma and konvo sume dekat uitm. Yang beza cuma tempat belajar. Dari segi nak sambung degree, jangan risau sebab yitm utamakan budak2 kolej bersekutu dia as long as awak perform. Jaga pointer. Kalau boleh 2.8 or 3.0 atas baru safe.

Mysara Ab Rahman said...

Kalau kos uitm dia akan tulis UITM Programme

Mysara Ab Rahman said...

Dia ada bagi choice suruh buat MARA tak? Awak under kptm or yitm programme? Untuk pinjaman depends on result spm

Anonymous said...

salam sis, saya nak tanya tentang penginapaan di asrama kptm. saya duduk di bangi, tapi saya taknak ambik penginapan/asrama. boleh ke?

rose_euforia said...

saya dpt dip Teknologi Pejabat kat UITM-KPTM Alor setar tapi saya minta tukar ke KPTM Bangi utk course dip accounting cuma is bukan under UITM. jadi Nanti konvo di mana ye Dan degree Boleh ke apply ke UITM atau terus di KPTM sahaja?

Mysara Ab Rahman said...

Boleh je. Awak boleh inform tak nak hostel

Mysara Ab Rahman said...

Normally KPTM konvo kat PICC Putrajaya. Degree sambung UITM boleh je tak da masalah as long as perform.

Anonymous said...

Salam akak. saya daftar 30/5 ni. kos 'diploma pengajian perbankan secara kerjasama dgn Uitm'. Jadi, adakah kos saya ni dikira under uitm? & saya ada search di google yuran rm 19,020. is it true?? its so expensive. Minta pencerahan dari akak please :(

Mysara Ab Rahman said...

Yup. Tu UITM kos. Akak pun amik perbankan dulu. Akak tak ingat sangat yuran. Tapi total pinjaman MARA akak dulu RM26,680. MARA tu termasuk wang saku kita. Tapi akak bayar 10% je balik meaning 2000lbih

Anonymous said...

salam kak..sya bru mhon kptm mggu lpas..hrini sya cek sya dpt twran di kptm bangi..so dia sruh byar duit pngesahan selewatnya hrini.. tpi bleh ke klau nk byr jmaat or sbtu sbb nk tggu jgk kputusan poli esk..klau x dpt bru sya pegi sni.. inshaAllah.. hrap akk reply.. trima kasih 😃

Anonymous said...

penginapan disediakan untuk sepanjang tempoh pengajian ke?

Mysara Ab Rahman said...

Salam. Bayar sebelum masuk. As long as hari pendaftaran dah ada

Mysara Ab Rahman said...

Penginapan mmg confirm ada sem 1 and sem 2. Yang lain awak kene aktif sikit dkt program2 and kene request. Kalau tak pun area bangi banyak student menyewa

Anonymous said...

Hai mysara, adakah pelajar boleh membawa motosikal ke kampus dan hostel.

Mysara Ab Rahman said...

Boleh je. Tak da masalah

nufa said...

Salam kak. kptm bangi ni dkt dgn masjid ke? kemudahan dia and surrounding mcm mana? tmpt makan smua dkt ya? hehe

Mysara Ab Rahman said...

Sebelah dgn masjid kat seksyen 14 tu hostel dia. Mmg dekat sgt. Boleh jalan kaki dari hostel ke kampus or dulu time akak ada sediakan bus jugak. Kat hostel sendiri ada tmpt makan. And area sekeliling hostel and kampus banyak tempat makan. Sbb sebelah KPTM ada UNIKL.

Unknown said...

Salam sara,

Nak tanya hostel mmg tuk 2 sem je ke? Bkn sepanjang belajar yea? TK 😊

Mysara Ab Rahman said...

Untuk sem 1 and 2 tu mmg dia bagi kemudahan. Sem 3 and ke atas kene apply and depends on kekosongan sbb dia akan utamakan budak2 baru. One more kene aktif dengan segala aktiviti

Anonymous said...

assalamualaikum akak.. nak tanya apa syarat permohonan MARA dan cemana nak mohon?

Mysara Ab Rahman said...

MARA ada certain syarat credit dia. Tak berapa ingat sangat. Tapi normally MARA akan tengok dekat BM, BI and MT tu. Tak boleh la subjek teras fail or tak credit. Untuk permohonan kolej akan uruskan. Just ikut apa yang diorang inform je

Unknown said...

Salam akak, saya baru dapat tawaran business management intake julai,student dekat sana okay ke ? Kalau lelaki rambut panjang boleh ke ?

Mysara Ab Rahman said...

Student mana2 tmpt sama je. Depends on diri kita sendiri. Akak rasa semua normal je. Sebab kita cuma fokus belajar je. Rambut panjang tak boleh dik. Ada certain rules kene ikut.

Anonymous said...

Tolong invite saya...0127808400...saya nak masuk kptm,tarikh pendaftaran 20/6...saya nak buat prepare borang esok...please masukkan saya dlm group ws supaya saya dapat maklumat lebih jelas...

Anonymous said...

Kak maysara,saya ada dapat masuk ke kptm bangi kos perbankan...saya kene daftar 20/6/2016 ni...saya nak tau pasal kos2 yg diperlukan dari awal daftar sehingga habis sem 6...sebab parent saya cakap swasta ni mahal...boleh akak terangkan supaya saya boleh beritahu parents saya supaya mereka faham..

Dhila interprise said...

Hai kak, nak tanya kalau bayaran pengesahan kemasukan tu bayar lewat boleh tak..sebb dia suruh byr before 21 jun ni.. And nak tanya pinjaman Mara tu bila bole dapat if daftr terus dpt ke mcm mna

Dhila interprise said...

Hai kak, nak tanya kalau bayaran pengesahan kemasukan tu bayar lewat boleh tak..sebb dia suruh byr before 21 jun ni.. And nak tanya pinjaman Mara tu bila bole dapat if daftr terus dpt ke mcm mna

Unknown said...

Hai sis, saya maybe masuk kptm bangi intake julai. Saya ragu2 juga sbb risau kalau mohon MARA saya taklepas sebab result spm saya, BI takkredit. Dan bagi saya, yuran asrama mahal. Macam mana ya kak. Tapi mak saya mmg taksetuju utk saya amek kos bisnes management. Saya sekarang tengah tunggu result erayuan. Dengarnya esok keluar. Jadi saya belum bayar untuk yuran konfem. Saya minat sangat dengan kos ni. Mak saya kata kalau amek kos ni susah sikit bila nak kerja nanti. Sbb mak saya tahu saya nak bukak kedai. Nanti takut hutang makin banyak. Saya telah buat research ttg pekerjaan apa yg saya boleh dpt kalau amek kos ni. Dan pekerjaan tersebut termasuklah perancang dan pengurus kwngn, pentadbiran dan pengurus bank,pengurus dan agen insuran, eksekutif jualan dan pemasaran, pengurus pengiklanan, pegawai bank, pemerosesan data dan lain-lain. Tapi saya taknak beritahu mak saya pasal contoh2 kerja ni.Mak saya suruh amek kemahiran. Lagi satu sebab kptm ni swasta. So bayaran dia mahal sikit.Saya risau, kalau tetap amek kos ni kat kptm takut takdapat restu mak utk belajar. Saya lupa pulak untuk poli saya mohon kos apa. Masa upu saya dapat kolej komuniti sijil teknologi maklumat. Saya dpt tempat dekat dengan rumah saya. Tapi saya tolak sbb masatu saya fikir kalau amek sijil akan makan masa belajar yg lama. Jadi saya tolak tawaran ni. Mak saya setuju sangat kalau saya amek sijil bahagian kulinari atau menjahit. Saya menyesal jugak sbb masatu saya takcuba untuk mohon tukar bahagian sijil untuk kolej komuniti. Jadi, saya tunggu result erayuan esok. Saya harap ada la rezeki saya. Berdasarkan penyelidikan saya, kptm bangi sangat bagus tapi masalah skrg adalah takdpt persetujuan dari mak saya. Nak buat mcm mana kan.And lagi satu, boleh tak saya nak tahu mcm mana nak tukar kos kat kptm bangi tapi saya nak under uitm? Mohon jwpn daripada sis. (Saya dah add sis kat wc)

Mysara Ab Rahman said...

Bayaran pengesahan kene bayar awal. Sebab tu menandakan awak terima tawaran. Pinjaman mara pulak lambat sikit and makan masa. Akak dulu sem 2 baru dapat. Yang penting apa je kolej suruh terus buat. Jangan delay2.

Mysara Ab Rahman said...

Waktu apply dulu awak kene pilih kos under uitm programme. Memang la susah kalau tak dapat restu dari mak. Cuba terangkan satu2 minat awak and cabang kerja macam mana. Banyak je under business. Siapa kata bukak kedai banyak hutang. Yang penting on how you manage. Grad and kerja dulu amik pengalaman then baru bukak business. Akak dah tak on wc dik. Email akak, mysara90@yahoo.com. Nt akak bg hp no.

Mysara Ab Rahman said...

Awak amik kos under uitm kan? Uitm akan based on uitm punya yuran. Tak sama dengan kptm. Uitm punya yuran tak mahal and antara semua universiti paling murah sebab banyak subsidi kerajaan. Subjek meliputi sume under business and sem 3 ke atas baru fokus ke banking. Awak akan belajar accounting, finance, HR, marketing, entrepreneur, economics, banking operations and macam2 lagi termasuk subjek english, agama and bahasa ke-3.

Anonymous said...

@Mysara Ab Rahman

Anak auntie masuk kptm under prog usahama uitm- biz studies, yuran dia memang dalam RM 19K. Auntie tak pasti sama ada dulu yuran prog usahasama uitm memang murah sebab ada beberapa blog yang kata begitu. Tetapi sekarang ni auntie tengok yuran program usahamsa uitm tak banyak beza dengan yuran program homegrown kptm.

Anonymous said...

Salam akak,tumpang tanya...saya agak keliru dengan sistem yuran kptm. Sebelum hari pendaftaran, saya diminta bayar yuran RM1250...tetapi sesudah daftar and apabila sesi pengajian bermula, saya dikehendaki membayar yuran pendaftaran sekali lagi berserta dengan asrama= RM5000+. Apa jadi dengan duit RM1250 tu? Confused plak saya...

Unknown said...

Salam sis..adeq sy dpt masuk KPTM ni..just nk conpem kn la..yuran asrama 900 utk sebulan or utk satu sem??he

Anonymous said...

@Hj.Jaffar Sintal

yuran tu untuk satu semester

Anonymous said...

@Anonymous
Untuk makluman UiTM dah tak bagi subsidi seperti sebelum ni.Kalau tak silap saya dari 1-2 intake yg lepas.Walaubagaimanapun yuran pengajian tersebut masih rendah berbanding dengan IPTS yg lain.Lagi satu kalau cukup syarat boleh mohon pinjaman pelajaran MARA.Banyak kelebihan pinjaman MARA ni.

Anonymous said...

@Anonymous

Setahu saya ada sebahagian dari RM1250 yg dah masuk yuran pengajian.Yuran pengajian yg lain tu boleh mohon pinjaman MARA atau PTPTN.boleh dapatkan penjelasan lebih lanjut dgn bahagian kewangan.Insyallah adik akan dapat penerangan yg lebih detail.

Nur Salmah said...

Assalammualaikum, kak..sy nak tanya kalau sy amik asasi accounting ni mmng sy x lyk ntuk ptptn dan mara ke..means mmng lnsng x dpt ke..sy intake julai ni..dan kptm ad bg elaun x bulan2..
Dan .mcm bwak brg letrik masuk asrama..kena caj pape ke ?? Contoh cerek letrik ke..hah!! Dan iron bju kena bwak sndiri2 yei ??

Anonymous said...

Assalammualaikum, kak..sy nak tanya kalau sy amik asasi accounting ni mmng sy x lyk ntuk ptptn dan mara ke..means mmng lnsng x dpt ke..sy intake julai ni..dan kptm ad bg elaun x bulan2..
Dan .mcm bwak brg letrik masuk asrama..kena caj pape ke ?? Contoh cerek letrik ke..hah!! Dan iron bju kena bwak sndiri2 yei ??

Anonymous said...

Salam sis, nak tanya sikit, kalau amik asasi perakaunan kat kptm bangi nanti boleh tak nak sambung degree kat uitm sebab course ni tak tulis under uitm, boleh ke?

Mysara Ab Rahman said...

Salam. Asasi memang tak da pinjaman. Normally kene tanggung sendiri. Tak sure ada elaun ke tak sebab kalu ipta ada. Barang elektrik memang kene daftar.

Mysara Ab Rahman said...

Boleh tp leceh sikit la. Normally asasi akan ikut terus asasi mana awak amik. Sebab asasi ni bukan macam diploma ada sijil sume.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak mysara. Selamat Hari Raya! Sebelum akak prgi lapor diri masuk bljr kptm haritu akak buat medical check up dkt hospital/klinik swasta ke kerajaan? Kakak2 sy dulu buat kat swasta je. Tapi dalam borang sy, kptm tulis medical check up ni mesti dibuat oleh pegawai perubatan hospital/klinik kerajaan. Maknanya memang confirm tak boleh buat dekat swasta ke? Sebab saya kalau boleh nak buat dekat swasta je, senang sbb nak elak ramai orang :(

double A said...

Assalam akak... pmakaian bebas ke? Atau kena pakai baju kurung je..

Unknown said...

nasib baik saya baca blog akak ni. saya terbayang2 jauh ke kampus dengan hostel kptm bangi..mcm best je tgk akak tulis dalam blog...in shaa allah 18/9 ni saya sambung degree accounting and finance kat kptm bangi..

Anonymous said...

Boleh u, saya pun dr kptm bangi, dip homegrown bkn uitm, skrg tcampak dkt universiti malaysia sabah

Anonymous said...

Xsemestinya la, sbb batch saya dlu dri sem 2 dh kene tendang dok luar, alasan intake bru tlampau rmai, end up, Hostel byk kosong especially 4th floor, certain of my classmate ada stay di hostel smpai hbis belajar, cuma u kene inform pihak kolej yg u nk duduk asrama. Mula2 kami xtahu, sem 2 pegi la cari rumah sewa, dh dpt rumah sewa bru thu still boleh apply asrama lgi. Saya batch januari 2013

Anonymous said...

Loan MARA die just nk tgok math dgn bm kredit je, let say your math not credit, dont worry, u still can apply for MARA loan using your 1st sem result, make sure u score 2.00 and above, they should be ok and u automatically qualified to apply MARA loan, good luck, loan MARA ni quite hard nk apply, bkn apa, even if u hv one tiny mistakes, the managemnt will reject your application and u need to redo again and again until they accept. My loan application completed after 3 time. My housemate application not done until due date, but we are help her to send her application directly to MARA HQ. So good luck dear.

Anonymous said...

Pasal mara loan tu jgn risau kalau bi xkredit, mara cuma nk bm dgn math je kredit, so boleh apply terus tnpa tggu result sem 1 dear..

Anonymous said...

So far kptm bangi sgt ok, mmg jarak kampus dgn hostel jauh sikit dlm 500 meter, tp skrg dh ade kmudahan bas dan van bayar rm 1 je, zaman saya 2013-2015 yg xde, kene menapak la nk balik hostel,teksi pun byk dkt dpn hostel nti, so xsusah la nk pegi ke mana2. Tmpat mkn jgn risau, mmg btl2 dpn hostel ade byk stall jual mkanan,lalu dgn xlalu je nk mkn, dkt blkng hostel pun sama, byk kdai mkn,kdai mkn mamak 24 hours, ada kdai printing, klinik (xsilap 24 hours open) ada 2 kdai runcit, nk cari barang kperluan snang, masjid sbelah hostel, smua tempat boleh access by jln kaki je, jgn risau psl transport. Kalo nk bwk transport pon oke, boleh tawaf satu bangi mcm saya dh khatam selok belok bangi, jln dlam jln dpan, jln reko, jln pegi putrajaya 10 min smua dh expert.hehehe. Rindu kptm bangi, smua benda best dkt sana, pecaya la, mula2 mmg lemau je rse dh lama2 msti teringat2

Unknown said...

akak nk tya..kptm kan ada pinjaman mara dan ptptn kan ? so nty dya akan bagitahu kita ka mcm mna sama ada dpt loan mara or ptptn ataupun kita bole mohon pinjaman mara sendiri ?? ,,maklumlaa saya ni pelajar baru kptm,,hihihi

Anonymous said...

Kak macam mana saya nak contact akak? Saya nak tanya sikit pasal kptm ni

Liza said...

Anak saya baru nak masuk diploma sport management July ni....ok ke course ni

Anonymous said...

Salam kak,dlm masa terdekat Ni saya kena daftar kptm bangi,nak tanya brg2 semua kena bwk haritu jgk ke hari lain?😊 Terima kasih

Unknown said...

Mcm mana nak tukar tempat eh? Saya dapat dekat kptm kota bharu pastu saya nak tukar kptm bangi

Anonymous said...

Assalamualakum akak, saya dapat kptm bangi untuk diploma in accountacy. saya nak mohon pendahuluan mara tapi tak faham apa dia minta. Kena buat akaun dalam talian lepastu pergi hantar dokumen ke pejabat dia atau permohonan dibuat secara talian bila dah dapat comfirmation baru hantar ke pejabat? Harap akak balas comment saya

Unknown said...

a.salam kak..sya dpt kptm bangi..tp bukan under uitm...untuk pembayaran sy da bayar rm1500...hari pendaftaran 1/7/2017 nty semasa hari pendaftaran ada mintak apa2 bayaran lagi x??and memang mahal??

Unknown said...

salam kak...lepas da masuk ke kptm bangi...and da selesai bayar 1500 ...ad kena bayaran lagi x??

Sayur said...

Salam. Nak tanya dip accountancy under uitm ke?

Sayur said...

Salam. Nak tanya dip accountancy under uitm ke?

Anonymous said...

Semua ni menipu, kemudahan untuk pelajar semua buruk, bilik hostel lelaki paling hujung nak jalan ke guard dah berpeluh, parking motor takda bumbung, guard lelaki dkt asrama gatal, manada laluan pejalan kaki pun, tu laluan longkang la, kau jalan atas batu longkang ada yang pecah bahaya

TheKamarudin said...

salam kak. saya ada email dekat akak :( hope akak reply

Anonymous said...

Salam saya nak tanya boleh ke nak tukar tempat pengajian contohnya dari kptm kuantan ke kptm bangi tapi dlm course yg sama?

Unknown said...

kuiz yuran dia mahal kan

Anonymous said...

assalamualaikuk kak nk tnya psl kptm ni saya dpt sport management lpstu kemana boleh saya pegi lps tu??

Unknown said...

Bleh tak bgitau cara belajar bussines kt kptm, susah x? Email saya pliss

Mysara Ab Rahman said...

@Unknown Tinggalkan email awak atau awak email sy, mysara90@yahoo.com

Unknown said...

Kak saya nak tahu psal KPTM. Blh email saya? Ikaroslan79@gmail.com

IPTonline said...

Jika ada yang berminat untuk menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Boleh memohon di Permohonan KPTM

Unknown said...

Ank dpt diploma tesol susah ke no smbg degree

Mysara Ab Rahman said...

@Unknown setiap kos ada kelebihan masing2. Tak da isu pun sebenarnya susah atau senang nak sambung degree. Yang penting kena perform, jaga pointer. InshaaALLAH laluan nak kemana-mana tu mudah.

Anonymous said...

Kptm blh bg asrama smpi hbs bljr ke? Takot lps semester 1 xdpt asrama je.

Unknown said...

Assalamualaikum kak.? Saya dpt kptm bangi .. diploma of sport management ... sy nk thu pasal kptm bangi .. boleh akak email saya .. farhanzack18@gmail.com

Unknown said...

Salam sis,saya nk tnya ni.anak saya dapat tawaran dari kptm alor star,kos dia akautan.jadi saya nk tau pasal yuran penganjian dia berapa berapa ye?.lagi satu anak saya x apply pon kptm ni.jadi dia keliru kenapa dia boleh dapat tawaran ni sedang kn dia x apply pon.dan kos akauntan ni dia x belajar pon masa spm dlu.rasa2 klau dia masuk kt kptm ni dia boleh bawa x kos ni.lagi satu nk tahu jgk kos ni under uitm ka atau tak.terima kasih mohon pencerah dari sis.semoga dapat sikit info untk saya.

Unknown said...

Hello..yuran pengajian kptm memang mencecah beribu ???..mohon info segera

Unknown said...

Assalamualaikum kak ..saya dpt tawaran ke kptm bngi tapi lps baca yg akk kata hostel dia kena bayar 900 rasa mcm x nk masuk sbb mcm mahal ..saya bukan lah ank org yg berduit..ada cara lain tak untuk bayar hostel tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak nk tnya yuran asrama mmg 900 ke .. kalau bulan nk bayar mcm mne . Lps sem 1 kena cari rumah sewa ke ?

wany said...

tapi kalau sambung kat uitm boleh cut credit hour ke?

Mysara Ab Rahman said...

@wany kalau dari program UITM mmg boleh sangat. Terus masuk sem 3 nanti. Kalau dari program lain, diorang akan check subject dulu.

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous ini amount waktu saya study dulu. Lama dah. 2008-2011. RM900 total 1 sem bermaksud 5 bulan. Boleh bayar by monthly. Sem lain nak duduk dalam atau luar terpulang tapi kena apply.

Anonymous said...

Salam nak tanya.. semua student dapat duduk kolej ke atau ada yg kena duduk luar utk polytech mara bangi ni?

Mysara Ab Rahman said...

@Anonymous mmg ada yg duduk luar. Depends. Tp budak baru mmg sume akan dapat hostel

Yaya said...

Salam. Pengesahan bayaran tu bayar dkt Akaun cawangan kolej yg kita dpt kn?

Irnyza sofea said...

Hai akak , boleh saya tau course business management tu under uitm ke

Unknown said...

Ank acik nk daftar julai ni tpi d cheras kos tesl apa maksudnya study dkpum tpi under uitm n ken amohon ke klu nk under uitm..tq

Mylia said...

Salam sis, nk tnya sikit kalau belajar HR kt kptm ni dlm eng ke? Sbb sya ni bodo English sikit. Tkut tkleh bawak

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman