Friday 21 June 2013

[PRAKTIKAL] : Last day!

Salam. Alhamdulillah, setelah 20 minggu/5 bulan, aku telah pun berjaya menamatkan latihan praktikal. Kejap je masa berlalu. Dari 4 Februari hingga 21 June 2013.

Waktu first day dulu aku rasa macam lama sangat je 20 minggu tu. Aku praktikal kat private company dengan elaun RM600 dan ditempatkan di Account Department. Walaupun memang tak da kait-mengait dengan kos aku Perbankan Islam, tapi aku cuba kutip sebanyak mana ilmu dan pengalaman yang ada.

First of all, thank you so much to all staff at KYM Industries (M) Sdn Bhd. Company ni di bawah KYM Group di mana salah satu listed company. So that's why Februari dulu aku ada pengalaman dengan Juruaudit.

Perasaan tu macam bercampur-baur. Happy ada sedih pun ada. Happy of course sebab dah habis praktikal. Sedih sebab ye la 5 bulan kan aku praktikal, dah mula selesa. Dah ada kawan-kawan. But life must go on. Macam tu lah manusia yang lifenyer berubah-ubah.

Perancangan lepas ni, nak kerja, amik pengalaman paling kurang setahun. InsyALLAH ada rezeki aku nak apply master. Sekarang ni sume company nak experience. Experience tu penting so biarlah aku masuk industri dulu sebelum belajar balik. Yang penting semangat nak belajar tu tak pernah pudar.

Ini bos merangkap supervisor aku, Miss Jennifer. Muda lagi, baru 27 tahun and berkelulusan ACCA. Memang tinggi orangnya, dalam 170-175cm. Bos yang sangat baik and sporting. Sangat selesa bekerja dengan dia. Miss jugak bagi nama baru, 'Maisuri'.. Hee

This is Miss Chia, Account Executive. Ramah orangnyer. Ada je cerita dia and mudah mesra.

Miss Ho, Purchasing Executive. Miss Ho ni tak bayak cakap tapi dia ni mesra sebenarnya and suka tersenyum.

Kak Ros yang kecik molek orangnyer. Umur dah 30 ni uoollss and anak 4! Aku ni yang lagi besar dari dia pun belum ada anak lagi. Oppss! Kak Ros Shipping Department. Memang selalu berurusan dnegan dia untuk D/O and transporter bill.

 Ni la Kak Aida. Dia bahagian Production Department. Kat dia la aku selalu order cookies, tart and kek. Memang sedap and berbaloi order kat dia.

Kak Ana, Production Department. Mesra orangnyer. Anak dia pun study kos Islamic Banking tapi diploma kat Politeknik

Ada lagi beberapa orang yang aku tak sempat nak snap pic. Kak Izan, satu-satunya Melayu kat Account Department. Yang banyak celoteh and buat aku rasa selesa and makin banyak mulut. Haha. Walaupun beza umur 10 tahun tapi dah macam kawan-kawan sebaya je mesranya. Thank you Kak Izan jadi cikgu Mai. Hehe..

Selepas godek lappy, aku jumpa gambar yang diambil lebih kurang sebulan-dua lepas dengan Kak Izan. Haa..jangan ingat Mai tak da stok gambar akak. Hehe.. Ini muka ceria jumpa webcam..

Miss Tan yang banyak celoteh, Kak Bib yang baik hati, Kak Lini yang agak brutal, Kumu yang selalu kacau meja... Oh, banyak kalau nak senaraikan. Terima kasih kerana melayan Mai dengan baik selama 5 bulan ni.

Overall, dah selesai praktikal. Thesis pun dah selesai submit seminggu lepas. Tak sabar tunggu result thesis and praktikal. Aku dah habis belajar! Yeay! Dah boleh kahwin! Ooppssss!

20 comments:

Fazleyatul Aini said...

akak dulu ISB gak tapi masa tu belum di wajibkan praktikal. so semua student buat tesis je masa tu

Liza Razak said...

wahh...mesti best dah habis praktikal :)

asliner said...

wah2..
tahniah dah tamatkan praktikal..
elaun rm600.besar jugak.
bestlah dah dapat pengalaman :)

Unknown said...

lepas nie...singgah lah balik sana.kalau rindu..hihi

Unknown said...

lepas habis, mesti lega kan.. tapi nnt mesti rindu diorang sgt2

sea_lavender said...

lama tak singgah sini :) tahniah3 da abis pratikal pn.. hee ari 2nd sem sblm final awak ;) best of luck dunia keje nti..doakan kta da abiskan degree dengan jayanya hehe :D

Cik Fie said...

good luck :)

www.cikfie.com

cik atie said...

hehe... teringat gak kngn praktikal dulu.. mula2 rasa mcm xyakin je.. selalu fikir boleh ke x ni nk buat keje, cmpur ngan diorg sume.. tp bile dah habis, rasa sedih nak tinggalkan.. sbb kt dah mula selesa kn.. tp, life must go on.. so redha je la.. :)

Syazana Zainn said...

tahniah dah habis praktikal

:)

lepas ni ke alam pekerjaan pula

apa-apa pun good luck!

Unknown said...

baguslah... sy pun tak taw lagi nak praktikal kat mane huhu...

Nazerah Yahya said...

wah bestnya dah habis prac .... saya baru start prac , miggu depan , minggu kedua ...

and jabatan akaun . jugak ..hihii..syoknya....

Sarah Mohd Saleh said...

tahniahh lahhhh dah abes praktika tak lame lg nak grade plakk. ;DDD slmat menempuh dunia baru ;D

Siti Hajar said...

Seronoknya dah habes practical dan dah habes belajar. Masuk dunia pekerjaan mesti sesuatu yang baru kan! selamat berjaya :)

Dayang Deno said...

good luck ya!:)

Alia Syahira said...

tahniah kak dah habis praktikal . :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

dah habis praktikal. tahniah =)

Unknown said...

congrats dh abeh praktikal

Nina Mads said...

tahniah dh habis intern.. hehe

Unknown said...

yeayyyy..dah habes..mun tumpang gembira :)

Anonymous said...

salam. Kkak minat banking ?? Sama la. Saya pn. Sya baru lepasan SPM. Sya masih x tau nak smbung bljar kat mana. Boleh tlg bg sya advice ?? Kkak ada facebook x ? Senang sikit nak tnya kalau ada apa2. Btw ,sya minat baca blog kkak :D

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman