Thursday, 20 June 2013

Perbankan Islam tak boleh dipercayai?

Salam. Pernah terfikir statement di atas dalam kepala korang? Aku? Secara jujurnya aku tak pernah pikir mcam tu. Cuma kemusykilan tu ada la dulu-dulu sebelum study Islamic Banking.

Kali ni, me as an Islamic Banking student nak bercerita secara simplenyer tentang Perbankan Islam.

Seriously bila aku dengar orang cakap macam ni, terbit jugak rasa sedih. Tu belum ada yang dok kutuk kata itu ini pasal produk Perbankan Islam kat twitter. Yand bercakap tu pulak orang Islam! How sad. Kalau orang Islam tak menyokong produk Islam, macam mana?

Even kalau tak nak guna pun, tak perlulah kutuk segala bagai kan? Menangkan sangat produk konvensional tu. Pada aku orang macam ni memalukan diri sendiri.


Simple cakap Perbankan Islam, produk tu haruslah patuh shariah. Elemen riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi) diharamkan sama ada dalam produk or servis. Even Bank Negara Malaysia tubuhkan Shariah Advisory Council (SAC) untuk control and supervise their products and services. Ahli SAC ni pulak tergolong dari mereka yang bagus dalam Usul Fiqh dan Muamalat. How come you all kata tak boleh dipercayai??

Memang orang kata, nampak sama je. Here sorang penceramah yang berkunjung ke kampus pernah cakap. Orang yang berkahwin ada anak and orang yang tak kahwin ada anak. Nampak macam sama, dapat anak jugak. Tapi disebalik tu ada akad yang kita tak nampak. Akad yang menyebabkan terikatnya ikatan perkahwinan tu tak nampak kan? Same goes to application in Islamic Banking yang you all kata macam sama dengan konvensional.

Simple aku bagi contoh you all deposit duit. Then kalau konvensional akan ada interest you all dapat kan? That's why ada amount sen kat akaun korang. Kalau dalam Islamic Banking, amount tu dipanggil hibah. Hadiah bank bagi pada kita. Nampak macam sama tapi sebutan je lain??

Meh baca betul-betul. Bila you all deposit duit dekat konvensional, amount tu akan diinvest and tak da tapisan ye. Sume tempat bank invest termasuk dekat company yang menjalankan kegiatan haram or tak patuh shariah. Interest tu la yang korang dapat. Duit interest tu adalah amount yang dah invest kat tempat-tempat haram tadi.

But its different to Islamic Banking. Duit deposit you all hanya akan diinvest kat company yang halal sahaja. Carlsberg ke segala bagi tu sume tak da. Ditapis. Jadi amount hibah tu memang dari hasil invest ke tempat yang patuh shariah.

One more, jangan ingat company yang patuh shariah tu sentiasa company yang sama je. SAC akan update untuk keluarkan list yang terbaru. Dua kali setahun so tak semestinya sekarang shariah kemudian shariah jugak. Diorang measure untuk company tu patuh shariah bukannya melalui proses yang mudah. Macam-macam aspek diteliti.

Aku pernah ada pengalaman dengan Bank Rakyat waktu dapat RM1000 duit zakat. Bank call and mintak aku datang. Sepatutnya, diorang boleh je deposit terus dalam akaun. Tapi aku kene datang untuk 'Akad'. Dari situ aku nampak real application. Akad yang diniatkan kerana Allah swt.

So, aku harap, ubahlah persepsi korang terhadap Perbankan Islam. Ni simple je aku citer. Kang panjang lebar tak da orang nak baca. Hehe.



As a Muslim, kenapa kita tak sokong produk kita? Tak perlu lah nak mengutuk produk yang kita sendiri tak tau.

Ingat! Ubah persepsi ye my readers..:)

p/s : sempat jugak selit gambar kawan-kawan Islamic Banking kitew!

3 comments:

muja said...

muja percaya kepada perbankan Islam,, yang tak percaya suke hati dye :D

Nao Mei said...

betol tu dik....banggakan agama islam :)

Lyaa Suriany said...

good sharing.
sbb memang tak tau psl banking ni

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman