Saturday, 8 June 2013

Done with viva thesis!

Salam. Alhamdulillah....syukur yang sangat tak terhingga bila viva thesis settle! Done! First of all, apa viva ni? Viva actually presentation untuk thesis. Cara sebutan bukan macam sebut kereta viva, tapi macam gini, "vaiva". Make sure pronounce betul-betul ye. Hehe

Aku sampai Segamat Khamis petang. Sangat penat sebab keje half day. Thats why la petang baru sampai. Siap aku whatssapp advisor thesis lagi inform tak sempat jumpa dia sebab lambat.

Aku berlima dengan kawan-kawan check in hotel yang sangat selesa and harga pun berpatutan. Nak berjaya kena kuat usaha kan? Hampir pukul 3 pagi baru tido. Bukan sebab buat keje last minute, but nak pastikan semuanya ok. Check slide, study balik synopsis thesis, study interpretation SPSS, buat short note, semua tu menyebabkan aku yang walau penat macam mana pun tetap bertungkus-lumus. 

Dalam kalangan kawan-kawan, aku memang terkenal dengan sikap bersepah bila study or buat keje. Masalahnyer dah lama bersepah baru aku perasan . Habis satu katil! Ye la, kusyuk sangat buat keje kan..mih mih..


Disebabkan debaran viva, tido 3 jam pun dah cukup. Bangun awal untuk make sure sume done! Segala barang untuk viva pun entah berapa kali aku check. Takut ada tertinggal. 

Properly dressed and student ID jangan lupa digantung. Dah beberapa bulan praktikal rasa macam jadi cukup matang tapi bila pegi UiTM kena sarung ID baru rasa masih seorang pelajar yang perasan dah grad. Haha.


Aku sesi ke-4 tapi seawal orang yang pertama kat dalam bilik viva, aku dah ready tunggu kat luar. Cool down, relax and baca short note untuk refresh.


Bila sampai sesi aku, relax tolak pintu and greet kedua-dua panel. Dua-dua lelaki. En Azwan and En Shahrinizam. Aku tak pernah kenal diorang pun before this sebab diorang bukan lecturer Islamic Banking.

Cucuk pendrive and bukak slide sebelum tarik nafas and mulakan kata-kata dengan bismillah. Jangan terlalu laju and terangkan satu-satu slide. Make sure apa yang kita sampaikan tu jelas and pandang muka panel. Jangan baca slide.

Be confident sebab tu kajian kita. Kajian yang kita sendiri buat untuk carik apa solution pada isu yang ada.

Sesi Question & Answer ni yang agak membahayakan sebab kita kena defend fakta kita. Jawab dengan tenang and bagitau fakta kita. Alhamdulillah..aku tak da pun kena hentam dnegan mana-mana fakta cuma panel nak tau isu aku tu dari sudut lain so aku terangkan mengikut pemahaman aku. 

Overall, sangat bersyukur sebab viva aku berjalan dengan lancar. Tak da pun menggerunkan sangat. Yang penting anda tau and faham thesis anda sepenuhnya.

Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan bila dah settle viva. Macam rasa dah grad je padahal minggu depan kena submit full report thesis! Tu pun haru gak sebab banyak benda kena compile kan and its carry mark yang besar.

Pape pun, just another 2 weeks untuk settlekan thesis and practical. Can't wait!

8 comments:

NoRfArAhiN said...

waa...cepatnye..sy viva 24hb-28hb. full report 5julai. btw, congrates da lepas viva. hehe :)

Mia Liana said...

viva forever... hehehhe.. all the best untuk thesis tu..

Nao Mei said...

Tahniah dear :)

Mek Onie said...

good luck dear !!!!!! buat thesis leklok :D

Yumida Huda said...

wah..cam gerun je dgr bunyik tu
thesis la paling buat rambut ni kusut dulu

E'in said...

yeay yeay... dh settle...

misz sheyla said...

ape tu???uhuk..walaupun xtau ape benda tu, tapi gudluck la ye untuk thesis...

Syahira Adisa said...

vaiva ye bukan viva. hehehe. alhamdulillah. good luck dear. semoga dipermudahkan segala urusan! (:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman