Saturday, 25 May 2013

[PRAKTIKAL] : Sabtu terakhir

Salam. Tajuk entry bukan menggambarkan cerita ni harus bernada sendu dan pilu. Entry ditaip live dari office. Hehe.

Actually, aku memang wajib bekerja 1 hari Sabtu dalam sebulan. Tak kisah la mana-mana minggu. Ala, sekali sebulan kan? Tapi bulan ni aku kerja 2 kali Sabtu. Hari ni untuk ganti Sabtu bagi bulan 6.

Kenapa nak ganti? Aku sebenarnya dah nak habis praktikal. Yippiee! Aku last kat sini 21 Jun means ada lebih kurang sebulan kan? Dalam tempoh nak habis ni jugak aku sibuk dengan urusan thesis. 

Disebabkan Ijazah aku with Hons, aku wajib menyiapkan thesis. Viva thesis pun tak lama lagi je. Nak run data lagi. Semua tu memang buat kami berserabut. Kalau thesis problem, macam mana nak grad?

Urusan thesis la yang menyebabkan aku terkejar-kejar dan disebabkan itu aku busy dan harus cuti. Tu yang siap-siap ganti hari ni untuk Sabtu bulan depan. Nasib baik aku dapat advisor yang sangat baik dan memahami.

Memang penat kalu dah Isnin sampai Jumaat keje then Sabtu keje lagi. Nasib half day. Apa yang aku suka keje Sabtu ni sebab free sikit. Suasana pun tenang aman damai je. Setiap department perlu ada sorang standby melainkan production je.

Sangat santai bila bekerja hari Sabtu. Pakai t-shirt pun boleh as long as datang keje.

See, siap ada majalah and novel lagi. Hari lain aku tak bawak pun. Hee

10 comments:

zulhilmi tempoyak said...

emosi skrg suka ke sedih ni..??

konpius.. hehehe

Tia Fatihah said...

sedih dah bertukar happy ni. amboi, siap bawa majalah dan novel k :D

Elih Japahar said...

Ni suka ke terpaksa hehe :) teringat masa praktikal dulu mmg seronok..

deno said...

sabtu pun keje... bagus!

Che Rosliza Che Mat said...

singgah dan follow sini...

QasehnyaRania said...

good luck ye :)

Nazeera Yahya said...

gudluck untuk thesisnya .....


wah ....best tak eh praktikal .. saya praktkal juga nanti di PNB .. TAKUTNYAAA!!!!~~~~

kerja apa saja di jbtn akaun ... cik rasa .??

nurul storys said...

chayokkkk :D

Sarah Mohd Saleh said...

Ohh kalau yg de kepujian ni mmg kene buat thesis ke? Btw selamat lahhh bthesis.mihmih

ejulz said...

Salam perkenalan.. follow sini dari GA http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/05/first-giveaway-by-nurin-aireen-ieyra.html

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman