Tuesday 21 May 2013

Pengalaman ialah guru terbaik

Salam. Aku jumpa tweet ni pagi tadi. Aku sangat setuju dengan ungkapan "Pengalaman ialah Guru Terbaik".


Bila makin dewasa baru aku sedar ungkapan ni. Ye la, time budak-budak dulu suka-suka je. Tanpa pengalaman, kita tak kan tau warna sebenar. Pengalaman juga menjadikan kita lebih berhati-hati.

Aku nak kongsikan beberapa pengalaman aku sendiri untuk panduan korang.

First experience. Dulu time diploma pernah ada sorang blogger ajak aku ke Karnival Pendidikan katanya. So, aku ajak my rumate untuk join sekali sebab rumate aku dapat syak something pelik. Tup-tup bila sampai kat tempat yang dikata, rupanya talk MLM. Serius aku rasa macam tertipu. Dia ni salah sorang ahli and beberapa kali dia approach aku.

Apa yang aku tengok, benda ni tak mementingkan pun produk yang nak dijual. Semata-mata nak kita join labur duit je. Memang aku tak nak. Then waktu aku sambung degree, ada lagi orang yang approach aku pasal produk/benda yang sama. Memang aku keluarkan sume fakta aku yang tak suka dengan cara diorang tu.

Aku nak nasihatkan dengan korang, berhati-hati bila orang ajak pergi talk ke, seminar ke.. Tanya betul-betul and selidik dulu apa benda tu. And honestly from that day, aku tak suka dengan MLM.

Second experience. Aku pernah ada pengalaman krisis dengan kawan-kawan. Biasalah bila dah berkawan ramai-ramai and dalam satu group mesti ada je yang tak kene kan. Tak perlu tuding jari pada mana-mana pihak. Just perbaiki diri masing-masing and amik apa yang berlaku tu sebagai pengajaran.

Since on that day, aku berhati-hati dalam berkawan. Tak nak salah pilih kawan. Nak bercerita itu-ini pun kena hati-hati sebab kita tak tau hati orang macam mana. Pape pun, aku sangat bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik dan comey-comey sekarang..=_=



5 comments:

Teena Tna said...

Gelak time baca 'sebab dia x pernah bg assignment or homework'..sgt setuju

Fara Athira said...

Susah nak dapat kawan yang betul betul ikhlas nak berkawan susah senang dengan kita . Tapi sekali dapat Alhamdulilah datang yang terlalu baik . Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnyaa . Hehe .

Gdsbnga said...

dulu ada kawan yg kena dengan sorang senior ni keje asyik paksa kawan saya masuk skor A. nasib baik dia tak termakan pujuk. kalau takkk hmm

Unknown said...

yang pasal talk mlm tu mmg aish pun penah terkena...ggrrr gerammm yunk

Nurfara Hani said...

BETUL UNGKAPAN tu. setuju snagat2

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman