Thursday, 2 May 2013

Penangan wasabi

Salam. Wasabi merupakan lobak pedas yang selalunya digunakan dalam makanan Jepun. Aku selalu dengar Sin Chan sebut pasal wasabi ni. Terfikir jugak macam mana rasa dia? Ada macam rasa cili kite ke? Sebab orang kata pedas.

Minggu lepas, one of Chinese kat department aku bagi aku rasa kacang perisa wasabi. Memang waktu tu rasa melonjak nak tau. Macam mana la agaknya rasa wasabi ni. Selalu dengar orang cakap je. 


Bila je kacang tu masuk dalam mulut, mak aii! Terus aku cakap, "Rasa apa ni??" Apa lagi, satu department gelakkan aku. How naif I am. Pelik betul rasa wasabi ni. Lepas tu bergas pulak tu. Memang rasa ke hidung macam naga nak keluar api. Waktu taip entry ni pun aku masih terbayang. Euuww! Cukuplah sekali aku merasa.

Wasabi selalunya popular untuk sushi. Tekak aku ni memang tak boleh masuk makanan Jepun. Bukan aku tak pernah mencuba. Tapi kali pertama try dah nak muntah. Siap aku tahan lagi muntah tu jangan keluar sebab waktu tu sushi masih dalam kunyahan.


Ada orang yang minat rasa wasabi ni tapi bukan aku. Aku pun hairan macam mana orang lain boleh bertahan dengan rasa dia yang pelik tu.

10 comments:

jeBateja said...

sedap laaa wasabi.....cer trry makan dgn roti plak...ahakz...ahakz...

den tak duduk kat bandar seri putra...den duduk sebelah nya...bdr bukit mahkota...

Hanida Moss said...

akak suka sushi tapi wasabi tak! never. huhu mmg berangin nak terkoyak hidung hahaha :p

ziqa nuar said...

sedap la! huu. done follow dear :))
ziqanuar.blogspot.com

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan g shop ini. Jangan lupa follow ye.. :)

Terima kasih
~ Hijab valley ~
http://hijab-valley.blogspot.com

iu-hazirah said...

done follow

Miss Za said...

haha... Za xsuka mknn mentah ni. tp blum pernah cuba. Mknn korea pernah la..seriously, I hate Kimchi! euwwkk..

Elih TBOE said...

Kita serupa, tak boleh tahan dengan rasa wasabi ni...huh!

Nana Liena said...

saya suka kacang hijau yg ori punya..mcm dlam gambar tu..hehe

sama la tekak kita..pesen tak terima jepun punya makanan..1st makan mmg tak dapat nak telan..

dyba gula-gula said...

yukss! wasabi mmg cam hape ntah.. die calit dalam sushi hr tu... eeee. xmo wasabi dah. hohoho




jemput join 1st contest dr saye!! <3

http://sweetdyba.blogspot.com/2013/05/contest-saya-comel.html

nur hidayah isa said...

tak minat makan sushi. hehehe..wasabi pedas kan..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman