Wednesday, 22 May 2013

Order terus dari penulis!

Salam. Dalam tempoh seminggu dua ni ada je bungkusan pos laju yang dihantar pak cik posmen ke rumah. Sampai pak cik tu pun dah naik hafal nama ibu aku sebab ibu aku la tukang sign. 

Minggu lepas aku ada order novel terbaru terbitan Kaki Novel (KN) dari penulisnya sendiri. Cheese by Cik Qwerty. Unik kan nama pena dia? Tajuk novel pun unik.

Actually, aku memang suka novel-novel tebitan KN. Malahan dah beberapa kali aku beli novel dari web KN. Servis yang sangat memuas hati. Tambahan pulak setiap novel korang akan dapat diskaun RM4 and free postage!

Untuk Cheese, aku terjumpa link facebook penulisnya and aku dapat tau boleh beli sendiri dari penulis. Apa lagi, aku grab terus! Order dari penulis sendiri! Aku dah pernah baca sinopsis cerita ni and macam best.


Sinopsis:-

Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.
Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!
Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.
Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah.
Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?
I love you.”
Hurm.”
Hurm aje?!”
Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawan-kawan sekepala!
“Ingat siapa?”
“Makwe lama. Cemburu tak?”
“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”
Harga buku ni kat luar RM19. Aku beli dari Cik Qwerty skali dengan postage RM22. Ada ucapan and sign lagi. Hek hek.



As what I know, Cik Qwerty ni muda lagi. Entah-entah muda dari aku. Ye la, aku sedar diri aku ni dah tua..T_T
Tak sabar nak telaah!

Nak kenal Cik Qwerty? 

Facebook : Que Werty
Blog : Qwerty

6 comments:

hazdnul shafina said...

mesti comel..hahhaa :D

Teena Tna said...

Memang sempoi lah prmpuan dlm novel tuh..

Fazlin Nini said...

novel ni best.. selamat membaca.. saya telah pun khatam baca novel ni..

cik atie said...

alaa... lama dah duk intai novel ni... baru habis baca 'asam pedas untuk dia'..

Farra Atiqah said...

kn memang best :) cuba bli plk "sepupuku suamiku" mantapp.

Dah follo sini;)

Alfi Kasran said...

novel ni kelakar gila.saya baca dekat hospital,sakit perut tahan nak gelak.haha

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman