Wednesday, 8 May 2013

Mengawal muka berminyak dengan Oil Control Film

Salam. Aku ni ada masalah muka berminyak. Tapi tak da lah berminyak sangat macam dalam tv tu. Berminyak sikit kat zon T ni. 

Disebebkan tu kalau beli pape produk mekap, aku akan survey dulu. Tengok benda tu sesuai tak dengan kulit. Bukan boleh bedal je. Tak pasal nanti minyak kat muka ni sampai boleh diperah. Majalah Dara.Com and Remaja memang sangat membantu dalam membuat pilihan yang terbaik dengan pelabagai input yang berguna.

Banyak produk pencuci muka yang oil control tapi ye la, bukannya 100% boleh kawal. Memang ada kurang tapi kita tetap tak selesa bila dah tengah hari. Nak-nak kalau amik gambar bila event dalam dewan guna flash ke, confirm nampak la muka yang berminyak tu. Eeuuwww..

Jadi untuk mengatasi masalah ni, aku gunakan Oil Control Film dari Clean & Clear. Ada 60 sheets and sangat membantu. Memang benda ni wajib ada dalam beg aku. Bila dah habis mulalah sibuk nak ke Watson beli. Aku suka benda yang mudah nak dapat. Barang penjagaan diri aku selalu beli kat Watson or Guardian..
Walaupun korang pakai mekap atau bedak bertepek 3 inci sekalipun, jangan risau untuk menggunakan oil control film ni sebab ianya tak kan mencacatkan penampilan anda. Muka akan rasa fresh je lepas sapu and me-nyah-kan minyak.

Kat office sambil buat kerja pun sempat lagi aku tenyeh kat muka. Aku memang tak kan selesa kalau muka berminyak. Jadi, oil control film sentiasa bersama-sama!

10 comments:

Aflina Affandi said...

kita pun guna ni jugak :)

Lya Colours said...

masa saya remaja2 dulu guna la. sekarang maleh dah hahaha

Namee Roslan said...

tp muka namee minyak sgt sampai 10 helai satu hari nak pakai film ni..T_T

Cik Mun said...

iye..nnti mun nak cubela..

saffiya_aleesya @ echa said...

rajin gak guna standby je dlm handbag..produk ni mmg terbaik sbb mnyerap minyak sgt cepat dan tak kacau make up.pastu muka rasa kering je bila kita dh lekat kat muka..tapi jadi ngeri plak bila tgk betapa banyak nyer minyak yang ada kat muka huhuhuhu..

saffiya_aleesya @ echa said...

salam kenal yer sis, sy singgah n follow sini ;-)

Nurfara Hani said...

boleh beli lepas ni...

Teena Tna said...

Kalau sy plak muka berjeragat, minyak kurang ckit

Nana Liena said...

sama la kita.muka mmg cepat berminyak..benci..hhuu.

E'in said...

nasib baik muke akak bkn jenis yg berminyak... hehe

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman