Tuesday, 14 May 2013

Maybelline Clear Smooth BB Silk

Salam. Kali ni aku nak buat review tentang salah satu produk yang aku guna and bagus untuk dikongsikan dengan korang sume.

Actually, aku merupakan pengguna Maybelline since awal 2010. Before this, aku guna produk Silkygirl. Compact powder pun dari Silkygirl. Apa yang menyebabkan aku tukar bila bedak yang disapu tu macam tak sekata and tak nampak smooth kat kulit. Aku mula sedar bila tengok gambar-gambar yang diamik dengan kawan-kawan. How can my face like this??

Dari situ aku beralih ke Maybelline. Aku start menggunakan produk Maybelline and alhamdulillah sampai sekarang aku masih setia. Kini, aku menggunakan compact powder terbaru Maybelline Clear Smooth BB Silk


Produk ni mengandungi SPF 21 iaitu melindungi kulit dari sinaran uv, all day shine long, kulit lebih sekata, tahan lama dan mengandungi 4 ton warna.

Kulit aku yang berminyak sikit memerlukan aku memilih produk yang betul and produk ni adalah oil control for hours. Tak perlu risau kalau tepek kat muka and muka kelihatan tidak terlalu berminyak.


Serius aku sangat mengesyorkan kat korang produk ni and tak rugi beli. Harga hanya RM20++. Bila pakai, muka akan nampak flawless and smooth je. Even tengah hari kalau tengok muka kat cermin pun tak nampak berminyak sangat. Masih nampak cantik macam baru disapu lagi.

6 comments:

deno said...

oh ya? bleh juga nak cuba... :)

Schajar McFlurry said...

Eh, product baru ke ni? ke saya yang lmbat tengok kat pasaran?

boni kacak said...

saya nak try boleh ke??hahaha

nur hidayah isa said...

sy pon pakai product maybelline. bb cream dengan compact powder clear smooth color biru. suka sangat sbb buat kulit muka nmpk licin and putih. haha.

ni baru punye eh? sbb tak pernah nmpak lak..

lynndamya said...

salam, hai..owh sy guna Maybelline jugak utk compact..tp sy beli yg biasa, yg All in One tu, kecik comel jugak sama mcm ni, best kan sbb rase selesa dan okay je kat muka, tak mengelupas ke apa..nt nak try jugak lah yg BB ni :D hehe thanx for review..
owh ya, Maybelline lip gloss jugak sgt best ! haha

Aimi Haruna said...

so I just know this product a weeks ago [so late], and after read some review. I'll buy this maybelline bb silk. thanks for your review, really helps :)

mi

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman