Friday 24 May 2013

Kebaikan apabila mengambil supplement

Salam. Dulu aku tak pernah terfikir pun nak amik supplement segala bagai ni walaupun melambak jual kat pasaran. Tapi bila umur 23 ni mulalah timbul kesedaran.

Banyak produk sampai tak tau mana satu nak pilih. Of course setiap produk ada kelebihan dia. After survey and mendapatkan nasihat dari klinik, aku memilih 2 supplement ni. Keduanya aku beli melalui online.


B-Complex from Shaklee



Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan vitamin B. Mengandungi 8 jenis vitamin bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B-complex turut membantu meukarkan larbohidrat kepada tenaga. 

Dalam 1 botol ni ada 120 tablet. Cara pengambilan dia senang je. 1 tablet setiap hari selepas breakfast. Means boleh tahan dalam 4 bulan! Harga pun sangat berpatutan. 

Aku pernah amalkan vitamin ni dulu tapi dari Avon. Disebabkan tak konsisten, terstop di tengah jalan. Memang ada perubahan pada aku yang waktu tu busy dengan kelas. Sangat membantu dalam memberi tenaga seharian.

Aku dapatkan B-Complex ni dari Kak CPM Honey Nurhaliza. Nak dapatkan produk-produk kesihatan? Klik SINI.

Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel


Merupakan 100% bahan semula jadi yang sangat bagus sebagai supplement tambahan terutamanya untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

Antara khasiatnya, dapat mengurangkan berat badan dan selera makan, melembut dan mengurangkan kekeringan kulit, untuk tenaga, mengatasi masalah kulit berminyak, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan perasaan mudah lapar, memperbaiki kadar pencernaan dan banyak lagi.

Cara pengambilan dia pun mudah. 2 biji sehari pagi dan malam. Kalau nak kurangkan selera makan, amik sebelum makan. Boleh jugak sapu di muka dengan cara cucuk sikit kat softgel tu then sapu kat muka.

Apa yang aku nak highlight, semenjak amik supplement ni, aku makin rajin minum air kosong. Aku pun dah kurangkan kafein. Kalau dulu setiap pagi kat office pagi-pagi mesti nak amik neslo but now tidak. Air kosong cukup.

Lagipun kalau amik supplement ni, kene amik air kosong 2-3 liter dalam sehari. Lagipun, air kosong penting untuk kesihatan. Pengambilan air yang cukup dapat melembapkan kulit secara semualjadi.


Dulu aku memang malas nak minum air kosong jadi disebabkan semenjak mengambil supplement ni, air kosong menjadi teman baik. Setia selamanya. Hehe.

5 comments:

Fazleyatul Aini said...

dulu saya makan vco tu. lama dah. 2 tahun lepas kot. pastu malas dah hehehe

Kisah Si Dairy said...

SIS PUN AMIK B COM TU..

QasehnyaRania said...

kena pandai2 pilih produk supaya tak terseksa badan nanti.jgn main ikut orang je.. ikut kesesuaian bdn kita :)

Unknown said...

sy pon amik bcomp. ahamdullilah bdn rs bersemangat je.
sape2 yg nk order or jd ahli blh sms or whatapps sy di 0139883771.
id shaklee:933957

Unknown said...

saya pon amik bcomplex..
alhamdullilah bdan rs bersemagat je
sape2 nk order or masuk ahli blh sms sy or whatapps d 0139883771.
id shaklee:933957

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman