Saturday, 11 May 2013

Kategori perfectionist ke?

Salam. Aku jenis kalau barang-barang terutamanya yang aku sayang, mesti aku akan jaga baik-baik. Kalau assignment ke ape ke, aku mesti nak kemas je. Tersusun sume.

Ada dulu kawan gelar aku perfectionist. Ye ke? Entah la aku pun tak pasti. Ibu pulak cakap aku ni cerewet. Cerewet tu aku mengaku sebab kadang-kadang aku ni cerewet. Terutamanya bila tengok bilik yang bersepah, confirm adik aku kena bebel free.


Aku memang suka baca and kumpul novel. Kesemua novel akan aku balut kemas-kemas. Tak nak balut senget-benget. Tapi aku tak susahkan orang sebab aku balut sendiri okeh. Kalau orang nak pinjam novel, aku akan bagi syarat :

Tak boleh lipat, jangan bukak luas-luas sebab tak nak ada garis kat tulang dia, jangan kotorkan..

Sebab apa ada syarat macam ni? Sebab aku sayang novel aku. Aku tak suka tengok orang senang-senang memperlakukan novel aku dengan sadisnya sebab aku dah pernah kena dulu. Siap ada kaler merah novel aku sebab tumpahan air sirap!

Assignment aku nak tersusun, kemas je. Bila kita tengok pun rasa sejuk je mata memandang. Sama jugak dengan kes bila beli barang. Contoh nak beli perfume and aku tengok kotak dia kotor skit or ada kemek. Aku mesti carik kotak yang bersih and elok je.

Aku rasa aku ni bukanlah perfectionist mana. Cuma orang kadang-kadang salah anggap. Ada satu-satu benda je sebab aku tak suka keadaan yang bersepah and benda yang tak kemas. Tu memang sifat dari kecik.

Aku jenis orang yang simple je tapi bab barang-barang or keje, aku memang macam ni. Hehe.. Lagipun mana ada orang yang perfect dalam dunia ni kan?^^  

9 comments:

ZassDhiey said...

okay laaa tuu,.cerewet untuk something yg baik,,tak jadi masalah,.kan kan,? hehehe

Nurhanisah (Anis Artslife) said...

dikira perfectionist juga tapi bukan dikategori maximum la..sama la macam kawan sy seorang yg perfectionist..kalau betulkan tudung tu lama sgt2, padahal dh ok..heheehe..kelakar pun ada..

Alfi Kasran said...

*give me 5" hehe :D

tenku butang said...

follower ke 690

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Teena Tna said...

Betul2, mstilah kita nk jaga brg kita tu baik2 kan, tp kdg2 kalau dah mls tu, mmg mls..

cik atie said...

hehe.. bab novel tu atie setuju. Tapi atie tak la sampai balut semua novel. Tapi part yang tak boleh bukak luas2, jangan lipat.. haaa, tu sebijik.. sebab tu xsuke bile org pinjam novel.. haha.. bukan kedekut, tapi kadang-kadang org yg pinjam tu macam tak pandai hargai barang kite.. kite punye la jg bebaik... sekali pas orang pinjam habis novel kite jadi comot semacam je.. haish.. eh, terpanjang lak komen.. :)

Izza Sakura said...

hi jom join http://izza-sakura.blogspot.com/2013/05/segmen-bloglist-by-wanmuna.html

Nieyxzha Hassan said...

hehehe..macam akak je tu ^^

lynndamya said...

haha sy sgt setuju klw org syg barang tu, dia akan jge baik2...tp sy ni kan, klw sy syg something, sy akan guna habis2 smpi dah rosak2 pon, masih tetap nak try baiki,hahaha..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman