Wednesday 17 April 2013

Selepas SPM - Buat pilihan yang terbaik!

Salam. Entry khas untuk adik-adik yang sibuk kepala bercelaru dok pikir nak sambung study kat mana. Ni antara tips yang mampu kak mai bagi. Hek hek.

Form 6. Sistem form 6 sekarang pun dah dirombak supaya mengikut sistem universiti. Pendidikan negara kita makin maju. Tapi berapa ramai yang benar-benar yakin nak amik form 6? Kalau anda benar-benar yakin and mampu, teruskanlah sebab form 6 ni agak tough.:) Ada yang kata, "Kena pakai baju sekolah, leceh!". Perubahan sistem pendidikan negara pun dah tak samakan form 6 macam budak sekolah lagi.

Matrikulasi. Matrik menjadi pilihan pelajar yang nak cepat continue degree. Matrik sekarang dah ada untuk 2 tahun. Kalau amik matrik yang setahun tu, you all have to struggle. Nak-nak yang amik aliran sains. Pointer kena jaga untuk dua sem. Walaupun kerajaan ada keluarkan statement, 2.8 above student lepasan matrik boleh dapat masuk Uni, tapi persaingan sengit. Adik-adik mesti tak nak masuk Uni dengan kos yang tak bersesuaian kan?

Diploma. Ada sesetengah pelajar memandang rendah terhadap diploma. "Ish, tak nak la. Dah la 3 tahun! Buang masa je..". Memang kalau nampak secara kasar, lama diploma tu, 6 sem=3 tahun. Tapi tau tak benefit amik diploma? You all akan ada satu sijil yang dah boleh apply kerja. Macam sesetengah kawan aku yang tak sambung degree, at least ada diploma. Jaga pointer baik-baik selama 6 sem! Dalam masa 6 sem, banyak yang boleh diperbaiki. Jadi you all ada banyak masa untuk dapatkan yang terbaik. 

Anugerah Dekan diploma dulu kat Palace of Golden Horses

Sem 6 diploma selalu duduk library bergosip! Hee

Disebabkan 6 sem jadi subjeknya juga tentulah banyak. But, orang yang amik diploma ni, bila dia continue degree, ilmu dia akan lebih lagi berbanding orang yang tak amik diploma. Sebab dengan adanya diploma, masa pengajian dipendekkan. Terus masuk ke tahun 2. Orang yang tak da dip, kena amik dari tahun satu and lebih kurang 10 subjek untuk 2 sem tu sedangkan kalau amik diploma, 30++ subjek yang kita akan amik. Tak ke benefit tu? Sebab aku dah rasa bila sambung degree macam mana.

IPTA or IPTS? IPTA adik-adik hanya perlu mohon melalui UPU. IPTS ni yang jadi masalahnya. Berhati-hati dalam memilih IPTS and jangan pakai tangkap muat je. Ada yang yuran mahal, tak diiktiraf MQA and so on. 

Ada jugak yang tanya, "Mai, kolej ******* ok tak?". Pada aku bila dapat tawaran ni, tengok dulu.Selidik kolej tu macam mana. Suasana pembelajaran and kos yang ditawarkan macam mana? Pinjaman? 

Zaman aku habis SPM dulu pun memang banyak surat sampai dari macam-macam kolej swasta. Padahal aku tak mohon langsung pun. So, kalau surat yang macam ni memang aku tak layan melainkan aku sendiri apply. Even adik aku yang dah setahun belajar kat matrik and nak habis dah hujung bulan 5 ni pun ada lagi kolej swasta yang still kol dia.

Buat adik-adik sekalian, pilihla yang terbaik untuk masa depan anda. Buat rujukan tentang kos pilihan anda untuk tau keadaan market and prospek kerjaya nanti. Apapun, percaya pada diri sendiri and usaha tu penting! InsyALLAH:)

2 comments:

Syazana Zainn said...

skrg byk lambakan kolej swasta

jd mmg kena pilih betul2

lg satu

nak belajar tu kena pilih course yg betul2 minat

kalau belajar benda yg tak diminati tak guna juga kan.

Unknown said...

kolej swasta mmg diavoid awal2..huhu..bagus tips ni sbb ramai lepasan spm tak tahu nk pilih apa..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman