Friday 26 April 2013

PBAKL 2013 - Meet Suri Ryana

Salam. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) adalah event yang memang aku tunggu-tunggu tiap tahun. Menjadi acara wajib and bila dah tau je tarikh PBAKL, aku akan mark kalendar and decide bila nak pergi.

Alhamdulillah, first day aku dah sampai ke PWTC bagi PBAKL 2013. First day pun dah ramai tau tapi belum la bersesak-sesak. Tapi bab nak buat payment, ada sesetengah publisher yang panjang bebenor beraturnyer!


Paling kecoh tadi bilik Melaka di mana kat bilik ni khas jual novel-novel adaptasi ke filem dan drama. Ada jugak yang coming soon diadaptasi. Kenapa bilik ni paling kecoh? Sebab mereka yang terawal boleh dapatkan pas eksklusif. Tu yang sampai petugas terpaksa meredakan keadaan.

Dari ground floor sampailah ke tingkat 3, semua aku round. Memang kaki ni berexercise. Ada sebahagian penerbit yang menjual buku secara diskaun. Kalau anda ke booth Popular, jangan lupa bawak kad ahli. Confirm dapat diskaun!

Antara tujuan utama aku ke PBAKL 2013 adalah untuk berjumpa dengan my fovourite novelis, Suri Ryana yang baru mengeluarkan novel yang ke-3. 'Playboy Itu Suami Aku (PISA)'. Aku sentiasa mengikuti perkembangan kak suri and buah tangan beliau yang terbaru ni.


Aku bertemu Kak Suri di booth Kaki novel di samping ada juga penulis 'Biar YM Terus Berbicara', Hanni Ramsul. Time Kak Suri pukul 12.30 tapi 12.15 dah panjang yang beratur. Hehe. Untuk makluman korang jugak, Suri Ryana juga merupakan pemenang Anugerah Pembaca Pilihan Popular-Berita Harian 2012 menerusi novel sulungnya, M.A.I.D.


Sangat terharu bila Kak Suri ingat kite! Hek hek. Kak Suri ni ramah and lembut orangnya. Beliau kini menetap di Korea and disebabkan tu, pembaca yang awal mendapatkan karya dan bertemu dengan beliau, dapat gift dari Korea. Kalau tahun lepas bookmark, kali ni pen. Comel je. Actually aku mengenali Kak Suri melalui karya pertama beliau, M.A.I.D.


Papepun, untuk korang yang masih berkira-kira nak ke PBAKL 2013, tak payah dok pikir berjuta-lemon kali. Datang jeh! Confirm akan rambang mata. 26 April hingga 5 Mei!

10 comments:

combi said...

nati ada nora danish ngn ady putra kat sane..

Nik said...

wah.siap dapat jupa penulis novelnyer lagi.bagus.

Anonymous said...

Salam boleh tanye tak? Berapa ye harga novel PISA ?? Dah lama nak beli :)Thanks

walya said...

hobi baca buku juga...
salam kenal :)

Fazleyatul Aini said...

kalau dekat, dah lama pergi sebab I am a big fan of novel !! Arghh tolong la buat pesta buku kat melaka pelizzzzz

khalila ishak said...

tak sempat lg nak pegi bookfair taun ni. huhuu

amal said...

waaaaaaah best nyaa dapat gift ! :)

kitaa pun nk pegi tp tak sempat2 lg hee

Dayang Deno said...

wah best! kalau dekat mesti deno dah pegi^^

Unknown said...

tak ada rezeki lagi nak terjah sana..hhuu..

Asma' Sah said...

Bila tengok orang lain pergi PBAKL rasa rugi je sebab tak pernah langsung pergi sana :<

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman