Saturday, 2 March 2013

[PRAKTIKAL] : Sebulan & Elaun pertama

Salam. Sedar tak sedar dah sebulan aku praktikal. 4 minggu dah and another 16 weeks! Tak sabar tak sabar tak sabarnyer!!

Dulu waktu taklimat praktikal, ada lecturer cakap, "I tau semangat you all berkobar-kobar nak praktikal". Hello! Seriously dari hari pertama semangat aku cuma biasa-biasa je. Tak da lah terlalu excited. Mungkin sebab aku tak ready lagi dalam work environment.

4 minggu alhamdulillah aku dapat harungi tanpa sebarang masalah. Kalau zaman belajar dulu selalu tak da masa busy, praktikal ni banyak masa free sampai aku naik boring. Pernah satu ketika tersengguk. Aku tak kisah kalau dari pagi sampi petang aku busy. Tak da la aku duduk mati kutu. Banyak masa terbazir-bazir.

Kalau ada masa free and tak da keje, aku lebih senang proceed on my thesis sikit demi sikit. Alhamdulillah sepanjang kat tempat kerja je dah 13 journal aku dapat review. Draft proposal pun hampir siap. Jangan bazirkan masa berharga anda.


Department aku ada 5 orang. Aku akan belajar selama sebulan sebelum bertukar ke orang lain. Bulan pertama invoicing. Then, account payable, account receivable, purchasing and budgeting. Dari bawah. Nama pun budak praktikal kan.. Apa la sangat..

Aku jugak baru dapat cek elaun pertama. Ok la..RM 600. Alhamdulillah... Tunggu masa nak cashkan je..


Praktikal buat aku realize yang zaman belajar lagi best. Patutla ramai orang cakap bila kita dah bekerja, mesti rindu zaman belajar. Aku ni praktikal lagi, belum kerje. Tu pun dah rindu. Kadang-kadang sambil duduk-duduk aku terbayang time-time pergi kelas and segala bagai.

Buat adik-adik yang masih belajar, hargailah masa belajar anda. Lakukan yang terbaik. Jangan sia-siakan peluang yang kita ada..:)

3 comments:

say to easy=) said...

happy practical.teringat time dulu prac asyik ketuk pen je tunggu bila nak pukul 5.30 ptg..hahaha

my notes said...

assalamualaikum ... ok gak tuh . tak lah kena buli bagi keje yg tah apa - apa ...

Nurfara Hani said...

wow. bestnya praktikal..

 
FULL DESIGN:JIAKREATIF╬×LT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman