Saturday 2 February 2013

3 hari 2 malam-Taklimat primary data & Submit abstract thesis

Salam. Tepat pukul 11.45 malam semalam, aku sampai di kampung dengan segala penat lelahnya setelah dari hari Rabu aku ke Segamat. Alhamdulillah sampai jugak walaupun bus delay 2 jam!

Actually, Rabu hari tu aku ke Segamat and dengan empat orang kawan yang lain kami sewa hotel murah. Almaklumlah disebabkan kami dah keluar dari rumah sewa sepenuhnya, terpaksalah merempat sebegini. Haha. 

Bersebelahan dengan Shell, senang sangat-sangat bila lapar.  Turun je bawah beli makanan. Bilik pun sangat selesa. Berkongsi berlima dengan dua katil. Disebabkan aku ni memang suka tengok tv, pagi-pagi pukul 7 pun aku dah pasang tengok Malaysia Hari Ini. Kalau drama Setia Hujung Nyawa lagi tak payah cakap, semua kusyuk depan tv sampaila habis!


Kenapa sampai dua malam? Khamis kami ada taklimat untuk primary data bagi thesis dari 8 pagi-5 petang. Takkan Khamis baru nak datang Segamat? Jadi kami berlima, dari NS, Melaka, Batu Pahat and JB, Khamis petang sampai Segamat. 

Taklimat primary data dikhususkan untuk pelajar Islamic Banking. Paling best, makanan free dari pagi sampai petang uoollss. Sedap pulak tu! Taklimat  bertujuan supaya we all know macam mana nak analyze data menggunakan software yang berkenaan.

Jumaat 1 Februari adalah tarikh untuk semua student part akhir tak kira apa pun kos, submit abstract thesis. Advisor aku pulak drive dari JB, jadi sepatutnya jumpa dia 10 pagi, jadi 2.30 petang. Hanya selepas advisor berpuas hati dan tanpa satu pun kesalahan, baru lah dia akan sign mengesahkan tajuk and abstract terbabit. Jenuh jugak tiga kali aku ulang-alik print.

Alhamdulillah..lega sudah bila tajuk and abstract thesis dah approved. Nak memikirkan thesis ni berat kepala.Penat memang penat bila hampir 12 malam baru nak sampai rumah. Tapi tu la namanya pengorbanan time belajar kan..

No comments:

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman