Tuesday 22 January 2013

Yeay! Alhamdulillah akhirnya..

Salam. Apa yang 'Yeay' bebenor letak kat tajuk entry tu? Actually 21 Januari 2013 bersamaan jam 5.15 petang setelah berpisahnya pen dari tangan dan  kertas diambil, tamatlah final exam untuk sem 5. Ini juga menandakan tamat sudah exam di peringkat ijazah. Why? Sebab sem 6 adalah praktikal dan  thesis.

Anda paham maksudnya? Selepas habis praktikal and thesis, aku akan kerja sepenuh masa! So, tak perlu lagi ke kelas, buat assignment, buat study group, amik kuiz, test and final exam. Zaman tu semua dah berlalu dengan tamatnya last paper sem 5 tadi dan juga last paper ijazah! Yahooooo!



Bila pengawas exam cakap, 'Baiklah, calon diminta berhenti menulis', waktu tu  pun student dah start bising. Belum lagi kertas dikutip. Bila keluar memang tak payah cakap la bisingnya. Happy la katekan..

Hope aku lulus semua paper dengan cemerlang. InsyALLAH. Setelah sekian lama dari Disember 1995 belajar, tahun ni tahun untuk aku letak title student. 

Macam tak percaya bila balik rumah tak perlu menghadap buku. Buku semua dah simpan. Rasa ralat sebab tak tau nak buat apa pun ye gak. Kalau tak, sambil barang nak tutup mata pun baca buku lagi. Nampak tak betapa cemerlangnya aku kat situ. Haha.

For sure lepas ni aku akan rindu zaman belajar. Amik ijazah sepenuh masa lain rasanya kalau buat part time. Kenangan pahit manis dengan kawan-kawan akan terus jadi memori. Mesti rindu jugak nak masuk kelas and belajar lagi, dengar lecturer membebel.. Sekejap sungguh masa berlalu.. Ooohhh...

1 comment:

pinky said...

wahhhhhhhh tahniah...nanti rindu nk belajar balik tau....=)

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman