Friday 11 January 2013

First expectation about Islamic Banking

Salam. Aku nak tulis luahan secara jujurnya. Haha. Pernah jugak dulu sorang adik blogger mesej inbox facebook tanya macam mana kos ni. Punya panjang la penerangan aku taip.

Meh sini aku cerita tentang kos aku, Islamic Banking (ISB) yang patut korang tahu and luahan aku yang korang sebelum ni tak tahu, jugak buat adik-adik yang berhajat untuk continue kos ni di peringkat degree.

Actually, secara jujurnya Islamic Banking bukanlah pilihan utama aku waktu nak apply degree UiTM. Aku minat Banking, tapi bukan Islamic Banking. Nampak beza kan? Dulu aku cadang nak apply Finance or Journalism tapi disebabkan suggestion ibu ayah, aku memaksakan diri untuk letak ISB sebagai first choice and alhamdulillah aku dapat ISB and now di UiTM Segamat, tahun akhir.


Disebabkan aku ada diploma dari UiTM, so my degree only two years. Aku terus masuk sem 3 selepas melalui proses transfer credit.

ISB adalah kos di bawah Faculty of Business Management. Dulu aku expect, ISB ni banyak calculation coz banking kan? But I was wrong. 90% membaca okeh! Memang tepu kepala otak. Aku ni pulak more to calculation. Membaca memang aku bengong sikit. Tapi alhamdulillah, hingga ke sem akhir ni, aku masih mampu bawak dan sem lepas aku telah berjaya meraih Anugerah Dekan..:)

Kat luar ramai orang beranggapan kos aku ni sama macam Accounting. Ramai yang kata, "Ha..sok jadi accountant lah ek". Disebabkan malas nak argue, aku senyum je. Kami ni diklasifikasikan sebagai Banker. Accounting anda berhadapan dalam pengurusan akaun, audit and segala bagai. Tapi, banking, you provide service pada customer.

Apa beza Banking and Islamic Banking?

Here di mana term Islamic membezakannya..

Aku belajar Usul Fiqh, Advance Fiqh Muamalat, Islamic Legal Maxims, Principle and Philosophy of Islamic Banking, Takaful, Islamic Financial Legal Framework, Islamic Capital Market, Islamic Financial Market & Services, Islamic Financial Planning and many more. Ni antara beberapa subjek.

Apa benda yang di bawah business pun we all belajar. Bukanlah full Islamic. Yang tu untuk major. 

We all belajar muamalat secara Islam. Sekarang ni pun ISB tengah berkembang kan? Kalau dalam sistem konvensional, riba, gharar (uncertainty) and maisir (gambling) adalah element yang confirm ada. Tapi dalam ISB, segala operation mesti according to shariah.

Ada yang kata macam sama je? Eh, tak sama kalau anda betul-betul faham. Nampak macam sama tapi untuk menjadikan benda tu tak haram, Islamic Bank melalui pelbagai cara and procedure. Ada sorang ustaz yang bagi speech pernah cakap, "Apa beza orang yang kahwin and tak kahwin? Tetap dapat anak kan". Korang nampak tak? Orang ingat sama tapi dia menjalani proses yang menyebabkab ianya halal. Kes kahwin, aqad yang membezakan. 

Sekarang, aku bersyukur sebab berada dalam ISB. Banyak benda yang aku tak tahu and amik mudah aku realize. Apa pun kos yang kita amik sekarang walaupun pada asalnya kita tak minat, pasti ada hikmahnya kemudian.

Ok.. I have two more papers! Tak banyak lagi. Islamic Financial Legal Framework and Research Methods. Wish luck for me! Good luck gak untuk korang!

16 comments:

Azeera Ali said...

Research methods? pernah amek dulu, tak suka subject tu,hehe

Shereen Yahya said...

bagus entry ini .
sebenarnya , shereen tgah fkr nak ambil course apa utk degree nnti .
and All the best :)

Nurfara Hani said...

okay baru faham ISB tu macamana.90% membaca? oh boleh dismiss,.

athien_alien said...

slam akak.. ad x silibus for first sem tuk cos islamic banking nie?? in shaa allah.. bln 9 ni sy akan jd ahli ISB.. kat uitm segamat.. :)
*smoga dpermudah segala urusan..

Mysara Ab Rahman said...

@athien_alien ada..tp mcm mana akak nak contact awak ye? bg email..:)

Unknown said...

Assalamualaikum, sis. Alhamdulillah entri ini membantu untuk persiapan yang lebih baik. Semoga sis terus sukses.

:D

ainz. said...

Salam kak. Diploma akak ISB jugak ke?

Unknown said...

kak, nk tny, law dip sy kos lain...then law sy nk smbg kos ni...cmne ye? coz sy x nmpk lg aliran nye..

Unknown said...

Salam kak, sy nak tahu list subjek islamic banking dr sem 1-6 .. bole tak?; saya tgh nak amik islamic banking

Ana said...

salam...blh tak nak list sbjek2 utk dgree in isb...

Unknown said...

Salam, suka entry ni.. Im ur junior at uitm segamat :D

al ariqoh said...

assalam..nk tnya.. masa diploma amik kos apa.?

Mysara Ab Rahman said...

Salam. Dip dulu banking.

Anonymous said...

U dulu pointer berapa eh dapat penerapan uitm isb. Cause i pun dip uitm banking and i nak degree ib uitm juga but pointer a little bit sick which is 3><2.5

Unknown said...

Diploma dekat uitm Segamat jugak ke

Unknown said...

salam...kos islamic banking ni ada dekat mana lgi selain uitm segamat?

 
FULL DESIGN:JIAKREATIFΞLT™ Copyright to:Mysara Ab Rahman